Thursday, October 21, 2010


Lorong taman gelap.

Oleh : Sapar bin Sutir

REMBAU:  Kewujudan Taman Seri Rembau, Fasa 1, Rembau bermula dari 1998
sejak itulah juga bermula episod lampu jalan juga lorong taman tidak memuaskan hati
penduduk taman yang mendakwa pemasangan lampu jalan dan lampu lorong
tidak serata di mana ada yang mempunyai lampu jalan dan lampu lorong dan ada langsung
tidak mendapat kemudahan lampu awam yang di selia pemasangan oleh pihak PBT
Daerah Rembau. 

Begitu kecewanya keadaan yang di alami sejak sekian lamanya oleh
pengguni Taman Perumahan Fasa 1, Taman Seri Rembau,
Negeri Sembilan.  Yang membuatkan penduduk taman merasakan
di anak tirikan oleh pihak PBT, yang tidak bertindak di atas aduan juga permintaan
untuk pemasangan lampu jalan dan lampu lorong di Taman Seri Rembau, Fasa 1.
Pihak PBT takkan tak ada peruntukkan pemasangan lampu untuk taman, kerana
penduduk taman membayar cukai pintu dan cukai tanah setiap tahun pada pihak PBT
Daerah Rembau.

Lampu jalan dan lorong yang di pasang di taman seri Rembau, Fasa 1
tidak meliputi keseluruhan tiang lampu yang ada, tetapi
sekadar di awal memasuki lorong dan akhir lorong sahaja
bagi jalan ianya di pasang selang 3 tiang satu lampu awam.

Bagi rumah di tengah-tengah lorong tiada lampu awam
di pasang yang menyebabkan kawasan pesekitaran
mereka menjadi gelap di waktu malam. Begitu juga
penghuni jalan nasib mereka juga sama dengan penghuni
lorong hanya selang 3 tiang lampu awam di pasang.

Sepatutnya pemasangan mestilah pada setiap tiang lampu yang ada
bagi menyinari kawasan taman untuk mengelakan kecurian harta benda penduduk
ketiadaan lampu jalan dan lorong yang menyeluruh bakal mengundang kes kecurian
harta benda penduduk yang mendiami rumah agak jauh dari cahaya lampu jalan atau lampu
lorong, memudahkan aktiviti kecurian di waktu malam kerana kawasan gelap tiada kemudahan
lampu awam 

Tinjuan harian metro di kawasan taman, aduan penduduk
ada kebenarnya ,  bila malam keadaan taman gelap tiada
kecerian lampu awam , hanya sebahagian sahaja penduduk dapat menikmati
kemudahan lampu awam sebahagianya terpaksa membuka lampu hadapan
rumah mereka sendiri.

Kes kecurian harta benda penduduk sering berlaku
juga kes kehilangan bateri kenderaan lori dan kes kecurian motosikal
juga telah berlaku di sebabkan keadaan lorong dan jalan
yang gelap di malam hari.
                                                                                                        
Ianya mengundang rasa kurang senang sesetengah penduduk
 Masalah berkenaan telah berlarutan sejak  taman perumahan
berkenaan di duduki sekitar tahun 1998.

Pihak Majis Daerah Rembau iaitu. PBT yang bertanggungjawab terhadap
taman sepatutnya mengarahkan pihak Tenaga Nasional Malaysia Rembau
memasang lampu pada setiap tiang yang ada di taman seri Rembau, Fasa 1.
Bukan  memasang selang antara 3 tiang satu lampu dan
memasang lampu di jalan memasuki lorong dan jalan akhir lorong saja
Bila malam rumah yang berada di tengah-tengah lorong taman menjadi gelap. menurut Puan Siti binti Johari 45 ketika di temui.                                                          
                                                               
Penduduk bukan suka membuat aduan atau menyalahkan mana-mana pihak
 yang di berikan amanah menjaga kesejahteraan penduduk taman
tapi penduduk hanya melahirkan rasa kekecewaan yang di alami
sejak sekian lamanya, kerana taman kami kurang di berikan
perhatian dari pihak yang dipertanggungjawab menjaga keselesaan
kami penduduk taman. ujurnya lagi.

Pandangan beliau di sokong oleh Puan Norlela Ali 35 yang mengatakan lorong di rumah
beliau hanya terdapat 2 lampu lorong iaitu di awal memasuki lorong dan di akhir keluar
lorong di mana di kawasan tengah-tengah lorong gelap membahayakan kepada kanak
kanak yang bermain di halaman rumah di waktu malam, harap pihak PBT segera mengambil
langkah memasang lampu pada setiap tiang yang ada di lorong taman bagi menceriakan lagi
lorong bila waktu malam, mudah bagi penduduk menjalankan aktiviti kemasyarakatan
bagi merapatkan lagi persahabatan antara kami yang tinggal berjiran di lorong di taman seri
Rembau, Fasa 1, Rembau.