Friday, October 29, 2010

ANGKARA SELEKOH


ANGKARA SELEKOH

Oleh : Sapar Sutir

Kepala Lori kontena memasuki halaman rumah penduduk.

REMBAU: Di pandu laju dan mengantuk menyebabkan sebuah lori kontena bermuatan barangan
kelengkapan rumah berbentuk hardborad mengalami nasib malang bila terlibat dalam kemalangan
yang menyebabkan ianya terbabas dan terbalik di tepi jalan di Cengkau, kejadian belaku jam 7.00 ptg
di kawasan selekoh tajam berhampiran kedai membuat batu nisan kubur, pemandu lori kontena yang
di kenali bernama M.Ravi 45 memandu seorang diri dari Gemas ke Pelabuhan Klang untuk tujuan
menghantar barangan untuk eksports.

Di fahamkan juga selain faktor kemungkinan di pandu laju dan mengantuk keadaan selekoh yang tajam
menyumbang kemalangan berlaku. Barangan yang di bawa tidak dapat di pastikan mengalami kerosakan
kerana keadaan barangan berada di dalam kontena yang berkunci tidak kelihatan dari luar.

Lori kontena berkenaan dalam perjalanan ke pelabuhan klang untuk menghantar barangan
kelengkapan rumah berbentuk hardborad untuk tujuan eksport ke luar negeri, setibanya di selekoh 
tajam di kawasan Cengkau berhampiran kedai membina batu nisan kubur, pemandu di fahamkan gagal
mengawal lori kontena yang di pandunya di sebabkan melalui selekoh tajam di hadapan.                            
Lalu lori kontena berkenaan terbalik ke kiri jalan kira-kira 100 meter
dari kawasan selekoh tajam yang mana kepala kontena memasuki kawasan hadapan sebuah rumah
penduduk sehingga menghalang tuan punya rumah untuk keluar dari kawasan rumah di halangan
dengan kepala lori kontena yang terbalik.

Di fahamkan juga kejadian pada jam 7.00 ptg itu melibatkan hanya lori kontena berkenaan sahaja yang
terbalik tidak melibat kenderaan lain, di mana pemandu lori kontena mengalami kecederaan telah
di hantar ke Hospital Tampin untuk mendapatkan rawatan lanjut. Tempat duduk pemandu kedua
mengalami kerosakkan teruk yang mana sekiranya ada pemandu kedua pasti mengalami kecederaan
yang parah, nasib baik lori kontena berkenaaan hanya di pandu seorang sahaja.

Biasanya lori kontena berkenaan dari kawasan perindustrian Gemas
akan memasuki lebuhraya terus menuju ke Pelabuhan klang tapi pada hari kejadian ianya tidak
memasuki lebuhraya atas arahan tuan punya lori kontena untuk menjimatkan kos membayar tol.
menurut rakan pemandu Vijaya 47 ketika di temui di tempat kejadian.

Faktor laju dan  mengantuk dan kawasan selekoh tajam terdapat rimbunan pokok di kanan kiri jalan
menganggu pemandangan berkemungkinan penyebab berlakunya kemalangan berkenaan kerana
pemandu lori kontena berkenaan sudah biasa dengan laluan
jalan dari Gemas ke Seremban kerana sering berulang alik menghantar barangan untuk eksports ke
luar negara di pelabuhan klang.

Dari tinjuan wakil metro di kawasan kejadian mendapati kawasan selekoh memang ada tanda amaran
menandakan selekoh tajam keadaan papan tanda yang kurang besar menyebabkan sekiranya pemandu
baru melalui kawasan selekoh tidak maklum kawasan di hadapan adalah selekoh tajam.
papan tanda yang besar mengatakan kawasan di hadapan ada selekoh tajam kurangkan laju sentiasa
berhati - hati dan letak lampu amaran kawasan bahaya di situ, kejadian lori kontena terlibat bukan
kejadian pertama di situ  kawasan selekoh tajam di situ tapi telah banyak berlaku kejadian kemalangan di situ yang menyebabkan kecederaan yang teruk pernah berlaku di mana bas terbalik menyebabkan pemandunya patah tangan dan mengalamai kecederaan teruk.