Thursday, September 26, 2013

Apbila si mati dikuburkan


Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila si mati dikuburkan.., datanglah kepadanya dua Malaikat hitam legam, lagi biru (matanya), salah satu di antaranya disebut dengan nama “Munkar” dan yang satulagi disebut dengan nama “Nakir”, (lalu keduanya mendudukan si mati itu setelah dikembalikan rohnya ke dalam jasadnya) kemudian mereka menyoalnya:”Apa yang pernah engkau katakan mengenai orang ini (Muhammad s.a.w)?” (dan pada satu riwayat oleh Abu Daud:
Mereka bertanya kepadanya: “Apa yang engkau pernah sembah?” Maka kalau Allah memberi hidayah pertunjuk kepadanya, ia akan menjawab dengan berkata: “Aku menyembah Allah!” Kemudian ia ditanya lagi: “Apa yang engkau pernah katakan mengenai orang ini (Muhammad s.a.w)?” (Dan pada satu riwayat yang lain, oleh Abu Daud juga: Mereka menyoalnya dengan berkata: “Siapa Tuhanmu?” Ia menjawab: “Tuhanku ialah Allah!” Mereka bertanya lagi: “Apa agama mu?” Ia menjawab: “Agamaku ialah Islam!” Mereka bertanya lagi: “Siapa dia orang yang telah diutuskan dalam kalangan kamu)?” Maka kalau si mati seorang yang beriman, ia akan menjawab dengan berkata: “Orang itu (Muhammad s.a.w) ialah hamba Allah dan RasulNya, aku mengetahui serta meyakini bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu ialah hamba Allah dan RasulNya!”
Mereka berkata kepadanya: “Kami sedia mengetahui bahawa engkau mengakui yang demikian”; (Dan pada satu riwayat oleh Abu Daud bahawa Baginda s.a.w bersabda: “Lalu diseru oleh penyeru dari langit katanya: “Sungguh benar hamba-Ku, maka bentangkanlah kepadanya satu hamparan dari Syurga, dan pakaikanlah dia pakaian dari Syurga, serta bukakanlah baginya sebuah pintu ke Syurga”. “Rasulullah s.a.w bersabda lagi: “Lalu datang kepadanya sebahagian dari bau Syurga dan keharumannya ); kemudian dilapangkan kuburnya seluas tujuh puluh hasta persegi, dan diberikan cahaya yang menerangi kuburnya; kemudian dikatakan kepadanya: “Tidurlah!” Lalu ia berkata: “Bolehkah aku balik kepada keluargaku supaya dapat aku ceritakan kebaikan halku?”
Dua Malaikat itu berkata kepadanya: “Tidurlah seperti tidurnya pengantin yang tidak dibangkitkan dari tidurnya melainkan sekasih-kasih ahlinya; Demikianlah halnya sehingga ia dibangkitkan Allah dari tempat baringnya itu. Jika si mati itu seoarang munafik, ia menjawab pertanyaan Malaikat itu dengan katanya: “Aku dengar orang berkata demikian, maka aku pun turut berkata sama; aku tidak tahu benarkah atau tidak”. Lalu dua Malaikat itu berkata: “Memang kami tahu engkau berkata demikian”; (dan menurut satu riwayat oleh Abu Daud: “Lalu diseru oleh penyeru dari langit katanya: “Sesungguhnya orang itu berdusta maka bentangkanlah kepadanya satu hamparan dari Neraka, dan pakaikanlah dia dari Neraka, serta bukakanlah baginya sebuah pintu ke Neraka”. Rasulullah s.a.w. bersabda lagi: “Lalu datang kepadanya sebahagian dari bahang Neraka dan udara panasnya) kemudian diperintahkan bumi supaya mengapitnya lalu bumi mengapitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya, maka tinggallah ia dalam azab itu terus menerus ke masa Allah bangkitkan dia dari kuburnya.” 

Wednesday, May 15, 2013





Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan senarai anggota jemaah menterinya, yang disifatkannya sebagai “kabinet berimbang”.

Antara yang menjadi perhatian adalah pelantikan ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin sebagai menteri belia dan sukan serta, pemimpin Hindraf P Waythamoorthy sebagai timbalan menteri di jabatan perdana menteri.

Kabinet baru Najib didominasi oleh Umno dengan 20 menteri, manakala PBB (Sarawak) 4, MIC (2), PRS (Sarawak), PBRS, PBS dan Upko (Sabah) masing-masing 1. Tiga menteri, semua di Jabatan Perdana Menteri bukan dari parti politik.

Manakala 16 jawatan timbalan menteri pula diisi oleh Umno, MIC (2), PBB (3), PRS (1) dan PBS (1). Tiga lagi timbalan menteri adalah melalui lantikan sebagai senator - termasuk seorang dari Umno (Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah), seorang lagi dari  PPP (Datuk Dr Loga Bala Mohan).

Kedudukan MCA dalam kabinet pula, kata perdana menteri, akan ditentukan kemudian kerana ia melibatkan pendirian mesyuarat agung luar biasa (EGM) parti itu yang tidak menerima jawatan dalam kabinet.

Berikut adalah senarai menteri dalam kabinet yang diumumkan Najib:
Perdana menteri: Datuk Seri Najib Razak (Umno)
Timbalan Perdana Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin (Umno)

Jabatan Perdana menteri:

Datuk Seri Jamil Khir Bahrom (Umno)
Datuk Seri Idris Jala (Senator)
Datuk Seri Abdul Wahid Omar (Senator)
Tan Sri Joseph Kurup (PBRS)
Puan Hajah Nancy Shukri (PBB)
Datuk Joseph Entulu anak Belalun (PRS)
Datuk Paul Low Seng Kwan (Senator)
Datuk Seri Shahidan Kassim (Umno)

Timbalan Menteri di JPM
Datuk Razali Ibrahim (Umno)
P Waythamoorthy (Senator)

Menteri Kewangan 1:
Datuk Seri Najib Tun Razak (Umno)

Menteri Kewangan II:
Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (Umno)
Timbalan Menteri Kewangan:
Datuk Ahmad Maslan  (Umno)                            

Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi:
Menteri I: Tan Sri Muhyiddin Yassin (Umno)
Menteri II: Datuk Seri Idris Jusoh (Umno)
Timbalan I: Datuk Mary Yap Kain Ching (PBS)
Timbalan II: P Kamalanathan (MIC)

Menteri Pertahanan:
Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Umno)
Timbalan: Datuk Abdul Rahim Bakri (Umno)                                                

Menteri Dalam Negeri:
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (Umno)
Timbalan: Datuk Wan Junaidi Tunku Jaafar (PBB)

Menteri Pengangkutan:
Datuk Seri Hishammuddin (pemangku)(Umno)
Timbalan: Datuk Abdul Aziz Kaprawi (Umno)

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan:
Datuk Seri Nazri Abdul Aziz (Umno)
Timbalan: Datuk Joseph Salang Anak Gandum (PRS)

Menteri Luar Negeri:
Datuk Seri Anifah Aman  (Umno)                                          
Timbalan: Datuk Hamzah Zainuddin (Umno)

Menteri Kerja Raya:
Datuk Fadillah Yusof (PBB)
Timbalan: Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (Umno)

Menteri Kesihatan:
Datuk Seri Dr S Subramaniam (MIC)
Timbalan: Datuk Seri Hilmi Yahaya (Umno)

Menteri Belia dan Sukan:
Khairy Jamaluddin Abu Bakar (Umno)                                
Timbalan:
Datuk M Saravanan (MIC)

Menteri Sumber Manusia:
Datuk Richard Riot Anak Jaem (SUPP)
Timbalan: Datuk Ismail Abd Muttalib (Umno)

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan:
Datuk Hassan Malek (Umno)
Timbalan: Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah (Umno)

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri:
Datuk Mustapa Mohamad (Umno)
Timbalan: Hamim Samuri  (Umno)              

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani:
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Umno)
Timbalan: Datuk Tajuddin Abdul Rahman (Umno)

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi:
Datuk Dr Ewon Ebin (UPKO)
Timbalan: Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah (Umno)
                         
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar:
Datuk Seri G Palanivel
Timbalan: Datuk Dr James Dawos Mamit (PBB)

Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau:
Datuk Seri Maximus Ongkili
Timbalan: Datuk Seri Mahdzir Khalid

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah:
Datuk Seri Shafie Apdal (Umno)
Timbalan: Datuk Alexander Nanta Linggi  (PBB)                

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi:
Datuk Seri Douglas Uggah Embas (PBB)
Timbalan: Datuk Noriah Kasnon (Umno)

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan:
Datuk Abdul Rahman Dahlan (Umno)
Timbalan: Datuk Halimah Sadique (Umno)

Menteri Komunikasi dan multimedia:
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (Umno)
Timbalan: Datuk Jailani Johari (Umno)
Menteri Wilayah Persekutuan:
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Umno)
Timbalan: Datuk Dr Loga Bala Mohan A/L Jaganathan (Senator)

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat:
Datuk Rohani Abdul Karim (PBB)
Timbalan: Datuk Azizah Mohd Dun (Umno)



Sunday, May 12, 2013






Gandingan dipilih berwibawa merealisasikan program transformasi

Kuala Lumpur: Barisan Kabinet yang dijangka diumumkan minggu ini bakal menyaksikan gabungan muka baru dan berpengalaman ke arah merealisasikan program transformasi Datuk Seri Najib Razak dalam kerajaan yang dicetuskan beliau sejak empat tahun lalu.

Perdana Menteri yang mendapat mandat baru, boleh membentuk kabinetnya daripada 133 Ahli Parlimen BN yang menang pada pilihan raya umum Ahad lalu, termasuk dari Sabah dan Sarawak atau memilih yang kalah dengan melantik mereka sebagai senator. 
Bakal umum esok 


Mereka yang dipilih dijangka diumumkan esok dan mengangkat sumpah jawatan Rabu ini.

Berdasarkan amalan sebelum ini, Perdana Menteri memilih wakil daripada 14 parti komponen BN untuk jawatan Menteri dan Timbalan Menteri. Namun, kali ini kemungkinan tiada wakil MCA dan GERAKAN yang memutuskan tidak mahu wakil parti dipilih berikutan persembahan buruk dalam PRU-13.

Dalam pilihan raya itu, UMNO menang 88 kerusi, MCA tujuh, MIC empat dan GERAKAN satu kerusi. Di Sarawak, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menang 14 kerusi; Parti Rakyat Sarawak (PRS) enam; Parti Tindakan Demokratik Sarawak (SPDP) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) masing-masing empat; UPKO tiga, manakala LDP, PBRS dan SUPP masing-masing satu.

Bagaimanapun, ramai berpendapat permintaan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, supaya parti itu tidak diberi jawatan dalam Kabinet mungkin tidak menjadi kenyataan untuk menggambarkan suasana harmoni dalam pentadbiran kerajaan. 
Barisan Kabinet dijangka menampilkan muka baru kerana ramai yang digugurkan dan penyandang menteri serta timbalan kalah ketika pilihan raya, menyebabkan beberapa portfolio perlu diisi dengan muka baru jika penyandang tidak dilantik sebagai senator.

Nama Ali Rustam, Ghani dipertimbang 

Antaranya, Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang menawarkan diri berkhidmat sebagai menteri, selain Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (Baling), Datuk Abdul Rahman Dahlan (Kota Belud) dan P Kamalanathan (Hulu Selangor)
Selain itu, berikutan kekosongan, beberapa bekas menteri seperti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis kemungkinan dilantik kali ini. Calon lain ialah bekas Setiausaha Parlimen, Datuk Seri Dr Hilmi Yahya dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Selain itu, ketiadaan ramai Ahli Parlimen wanita memungkinkan Datuk Halimah Mohamed Sadique (Tenggara) dan Datuk Azizah Mohd Dun (Beaufort) yang menewaskan Datuk Lajim Ukin yang meletak jawatan dan keluar BN tahun lalu dan Datuk Nancy Shukri (Batang Lupar) dilantik sebagai Menteri atau timbalan.

Bagaimanapun, kegagalan bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan bekas Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman yang masing-masing tewas di Bukit Katil dan Gelang Patah, dijangka dilantik sebagai Menteri.

Kementerian baru

Berdasarkan aku janji BN dalam manifestonya, Najib juga dijangka mewujudkan kementerian baru, seiring dengan anjakan demografi bandar dan menangani cabaran sosial ekonomi bandar. Bagi tujuan itu, beliau dikatakan akan merombak Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

Namun, ada yang menjangka Najib akan menambah kementerian daripada 25 ketika ini kerana ada cadangan sebelum ini supaya beberapa kementerian diasingkan untuk penyesuaian pentadbiran, sekali gus menyebabkan ada penambahan portfolio baru.

Selain itu, Najib dijangka mengekalkan kabinet tanpa Setiausaha Parlimen bagi memastikan BN mempunyai ramai Ahli Parlimen penyokong kerajaan di Dewan Rakyat.

Senarai kali ini juga bakal menyaksikan ketiadaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui, Datuk Seri Kong Cho Ha, Datuk Seri Chor Chee Heung, Tan Sri Bernard Dompok dan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang tewas dan tidak bertanding semula kecuali mereka dilantik sebagai senator.

Timbalan Menteri yang tewas pula ialah Datuk Saifuddin Abdullah, Dr Mohd Puad Zarkashi, Datuk S K Devamany, Datuk Liew Vui Keong, Datuk Tan Lian Hoe dan A Kohilan Pillay.








Permuafakatan Komuniti 1 Malaysia Negeri Sembilan.


Komuniti 1 Malaysia sebuah badan NGO yang di tubuhkan oleh
Jabatan Penerangan Malaysia,  bagi tujuan untuk menjalinkan lagi
perhubungan lebih erat antara Jabatan Penerangan Malaysia bersama
Masyarakat kampong yang di tauliahkan penubuhanya KIM di kawasan  mereka.

Dengan adanya  Komuniti 1 Malaysia di kawasan mereka , Jabatan Penerangan Malaysia akan memberikan
peruntukkan untuk mereka menjalankan aktiviti di peringkat kampong atau mungkim. Aktiviti kemasyarakatan
seperti ceramah kenegaraan, motivasi dan keagaman, info , sepakat dan pelbagai program yang
bertujuan bagi merapatkan hubungan antara ahli-ahli komuniti 1 Malaysia dengan pihak Pejabat
Penerangan Malaysia di seluruh Daerah di Malaysia. Juga berperanan penting sebagai Penggerak
Transformasi Rakyat.

Dengan maktlamat merapatkan lagi perhubungan malah untuk tujuan kenal mengenali antara
pengerusi ahli -ahli jawatan kuasa Komuniti 1 Malaysia di dalam Negeri Sembilan. Program yang
di namakan Permuafakatan Komuniti 1 Malaysia telah di adakan di Nilai Spring baru-baru ini,  bertujuan
untuk menemukan seluruh Pengerusi juga ahli-ahli jawatan kuasa Komuniti 1 Malaysia dalam Negeri Sembilan.

Negeri Sembilan mempunyai 69 buah Komuniti 1 Malaysia dan mempunyai 350 ahli jawatan kuasa yang
terdiri dari Pengerusi, Setiausaha serta Ahli Jawatan Kuasa tidak termasuk penduduk kampong atau
mungkim yang telah di tuliahkan tertubuhnya Komuniti Bestari 1 Malaysia.

Pada program berkenaan juga pihak Jabatan Penerangan Malaysia meluluskan pemberian
sebuah komputer laptop kepada 69 Komuniti 1 Malaysia di Negeri Sembilan. Tujuan bagi memudahkan
urusan pentadbiran Komuniti 1 Malaysia di peringkat Daerah dalam urusan merancangkan aktiviti bagi
memudahkan ahli serta  masyarakat kampong dan  mungkim  maklum lebih awal aktiviti yang bakal
di laksanakan  di tempat mereka nanti.

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia En Tarmizi Hashim dalam amanatnya
pada program berkenaan meminta seluruh ahli Komuniti 1 Malaysia Negeri Sembilan setia kepada
kerajaan yang sedia ada sekarang di bawah kepimpinan Datuk Seri Haji Mohamad bin Haji Hasan
Menteri Besar Negeri Sembilan. Kepimpinan yang baik mesra rakyat mesti di kekalkan jangan terperdaya
dengan janji-janji manis pihak yang berkepentingan Politik yang menyebabkan rakyat bercakaran sesama
sendiri serta bermusuhan hanya kerana fahaman politik yang sempit.

Jangan terpengaruh dengan budaya yang tidak menghormati kepimpinan Negara serta budaya yang
tidak bersesuai dengan budaya masyarakat di Malaysia. Didiklah ahli masyarakat dalam Komuniti 1 Malaysia menjadi ingsan yang sentiasa berterima kasih kepada kepimpinan  Negara kita yang sentiasa membantu dalam pelbagai bantuan untuk meringankan bebanan yang di hadapi oleh masyarakat.

Pada program berkenaan telah melantik En Johari bin Majid dari Komuniti 1 Malaysia Daerah Tampin dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Permuafakatan  KIM Negeri Sembilan bagi sesi tahun 2012-2013. Pengerusi  berperanan membantu Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sembilan mengerakan seluruh ahli Komunit 1 Malaysia Negeri Sembilan untuk berkerja rapat dalam apa juga program bagi tujuan kebaikkan seluruh ahli Komuniti 1 Malaysia Negeri Sembilan.

Pengerusi juga akan memberikan amanat kepada seluruh ahli
jawatan kuasa Pemuafakatan Komuniti 1 Malaysia apa tugas juga peranan mereka bila berada di kawasan
Komuniti 1 Malaysia yang di bawah bidang kuasa mereka agar ahli juga masyarakat kampong atau mungkim
akan dasar kerajaan yang sentiasa memberikan segala bantuan kepada mereka sentiasa berterusan bukan
sekadar dalam masa-masa tertentu sahaja.


Sunday, February 17, 2013

Malam Bersama Media 2013



SEREMBAN

Oleh : Sapar Sutir

Taklimat bersama Media peringkat Negeri Sembilan telah di adakan di Hotel Kelana Seremban yang bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara Jabatan Penerangan Malaysia Dengan pihak Media
yang ada di Negeri Sembilan.

Juga mewujudkan kerjasama Media dan Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sembilan bagi memudahkan pihak media membuat liputan majlis atau program yang dijalankan khususnya menjelang dan semasa Pilihanraya Umum ke 13 yang bakal menjelang tiba tidak berapa lama lagi.

Sebagai satu bentuk kerjasama dengan media supaya program-program anjuran Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sembilan diberikan liputan sewajarnya aar khalayak pembaca mengetahui aktiviti Jabatan
Penerangan dari masa ke semasa.





1 Rumah 1 Rela

Oleh : Sapar Sutir
TAMPIN: 1 rumah 1 Rela, saya rela masuk rela kerana saya
boleh menyumbang tenaga untuk tujuan mengawal keselamatan
di kawasan Felda dari unsur-unsur jenayah atau kecurian dari berlaku.

Itulah tekat dari mereka yang baru menganggotai pasukan Rela yang
telah di lancarkan perasmianya oleh Pegawai Penerangan Daerah Tampin
En Ahmad Zamri bin Swarno di Balai Raya Felda Bukit Jalor, Gemencheh,
Negeri Sembilan tempohari.

Pasukan Rela menjalankan aktiviti kesukarelawaan dalam mengawal lalulintas majlis
rasmi kerajaan, majlis perkahwinan, bantuan banjir, membantu operasi yang di jalankan
oleh AADK, Polis, Jabatan Pendaftaran, Imigerisen dan lain lain agensi yang memerlukan
bantuan khidmat anggota Rela.

Rela mesasarkan keanggotaan pasukan Rela di kawasan Felda Bulit Jalor
seramai 300 anggota. Program seumpama ini telah di jalankan sebanyak 3 kali
di kawasan Felda Jelai Kompleks juga Felda Pasir Besar yang mendapat sambutan
yang baik dari kalangan peneroka juga generasi ke 2 Felda. Kementerian Dalam Negeri
mesasarkan keanggotaan Rela di Seluruh Malaysia akan mencapai 3.00 juta.

Pegawai Rela Daerah Tampin Lt Kol ( Rela ) Mohd Saidi bin Haji Mohd Shariff 49 mengharapkan
masyarakat di kawasan Felda Bukit Jalor serta masyarakat dalam Daerah Tampin turut sama
menyumbang tenaga bakti dalam mengawal keselamatan harta benda juga keselamatan kawasan
masing - masing dan menyumbang tenaga secara sukarela dengan  menganggotai pasukan Rela
yang terbuka kepada warga Negara Malaysia sihat tubuh badan. katanya lagi.

Dalam Majlis berkenaan turut di serahkan borang untuk menganggotai pasukan Rela kepada
Ketua Kampong Bukit Jalor, Penolong Pengurus Felda Bukit Jalor juga penyerahan pakaian
seragam Rela kepada Pengurus Felda Bukit Jalor, Pengerusi JKK Felda, Pengerusi GPW Felda,
Tuan Iman dan wakil NGO kawasan Felda Bukit Jalor.

Tuesday, January 8, 2013



BN Bangkit Sebagai Parti Yang Kuat Dan Kukuh Untuk Bawa Pembaharuan Kepada Rakyat – Muhyiddin
SEREMBAN, 9 Jan — Selepas melalui apa yang dikatakan “tsunami politik” pada pilihan raya umum 2008, Barisan Nasional (BN) kini bangkit semula sebagai sebuah parti yang kuat dan paling kukuh untuk membawa pembaharuan dan perubahan besar dalam hidup rakyat.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) berkata dengan kekuatan baru ini, rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum akan terus menyokong dan mendukung kerajaan BN. 
“Kita tahu semenjak kerajaan BN mentadbir negara, kita memikul amanah ini, kita tidak pernah lupa tanggungjawab kita, kita melakukan usaha-usaha pembangunan. 
“Pembangunan ekonomi kita laksanakan di mana daripada sebuah negara yang miskin, hari ini Malaysia telah bangkit menjadi satu kuasa besar dalam ekonomi di rantau ini dan menjadi antara negara termaju di kalangan negara-negara membangun,” katanya semasa berucap pada majlis perhimpunan rakyat 1Malaysia dan pelancaran Gelombang Biru peringkat Negeri Sembilan di Kompleks Belia dan Sukan Paroi, di sini semalam. 
Katanya, jika dulu Malaysia menghadapi masalah ketiadaan pelabur, namun hasil usaha dilaksanakan kerajaan BN hari ini menyaksikan kedatangan pelabur ke Malaysia semakin meningkat. 
“Malaysia sudah menjadi negara tumpuan pelabur kerana Malaysia menyediakan pelbagai kemudahan untuk mereka dan sehingga hari ini peluang pekerjaan banyak, industri bercambah bagai cendawan selepas hujan dengan nilai berbilion ringgit dibawa masuk,” katanya. 
Berucap di hadapan ribuan hadirin yang memakai baju biru, Muhyiddin berkata dengan keadaan sekarang tidak ada sebab mengapa rakyat harus terpedaya dengan hasutan pembangkang yang mahu menukar kerajaan sedia ada. 
Katanya, ini kerana berbanding negara-negara lain Malaysia tidak menghadapi sebarang krisis atau pergolakan dan rakyat dari negara lain sendiri datang untuk mendapatkan nikmat hidup di negara ini. 
“Banyak negara menghadapi krisis sehingga diisytihar muflis tapi Malaysia masih terus maju dapat pembangunan, rakyat dapat menikmati kemajuan melimpah ruah, ini adalah kenyataan. 
“Jadi apa sebab nak tukar kerajaan kerana banyak negara mereka tukar kerajaan tiada peluang pekerjaan, mereka tukar kerajaan kerana mereka kata tidak dibantu kerajaan, mereka tukar kerajaan kerana sudah muflis, ada krisis, ada pergaduhan. 
“Tetapi di Malaysia tidak ada, rakyat dapat berhimpun dalam keadaan yang tenang dan tidak ada ancaman, kita hidup dalam keadaan begitu aman sejahtera, jadi apa sebab mahu tukar kerajaan,” katanya. 
Muhyiddin yang dalam rangka lawatan kerja sehari ke negeri ini berkata, pimpinan BN sentiasa berpadu dan tidak pernah bergaduh, perpaduan jelas kukuh tidak goyah seperti yang berlaku dalam pakatan pembangkang.  
Katanya, BN adalah satu-satunya parti yang jelas perjuangannya dalam mempertahan kebajikan semua kaum. 
Turut hadir pada majlis itu beberapa pemimpin utama BN, termasuk Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Mansor, Presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon dan Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.


Program Pentrama Daerah Tampin 2012 pada 14.12.2012
Tetamu Yang Teramat Mulia Tunku Besar Tampin dan isteri, ADUN Gemas Dato Hajah Zainab binti Nasir, Pegawai Daerah Tampin serta tetamu terdiri dari Pegawai Kerajaan di Daerah Tampin serta masyarakat sekitar Tampin. Kehadiran seramai 300 orang yang di serikan penyanyi undangan tahun 60 an iaitu JSam dan Puan Roziah Latif. Program di serikan oleh nyanyian serta tarian dari artis Pentrama Jabatan Penerangan Malaysia.

Mat Sabu: SMS itu bohong
 
 Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menjelaskan hari ini bahawa Khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mendakwanya menyokong kalimah Allah untuk digunakan dalam dakwah Kristian kepada orang Melayu adalah satu pembohongan.

NONE"Saya tidak kata begitu. Saya tidak pernah kata apa-apa. Depa (SMS) bohong. Saya berpendirian mengikut pandangan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat pada 2010.

"Tidak berubah. Tidak ada pandangan baru dan itu semua tidak betul," katanya ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.

Mohamad berkata memandangkan beliau tidak mempunyai kepakaran dalam bidang agama, maka beliau hanya mengikut pandangan orang yang lebih berilmu berhubung perkara tersebut khususnya daripada dua tokoh utama PAS itu.

"Saya tidak akan mengeluarkan pandangan baru," tegasnya lagi.

Mohamad diminta mengulas SMS yang diterima oleh kakitangan Malaysiakini yang mengaitkan laporan berita portal itu dengan dakwaan kenyataan Mohamad Sabu berhubung isu kalimah Allah.

SMS tersebut berbunyi: "Malaysiakini - Mat Sabu setuju perkataan Allah digunakan dalam Bible dan dakwah Kristian kepada Melayu".

NONESMS itu dihantar bersama dengan pautan laporan Malaysiakini mengenai pandangan seorang bishop yang mengulas pandangan Mohamad itu.

Pada Januari 2010, PAS membuat ketetapan antaranya tidak boleh melarang penganut agama samawi menggunakan perkataan Allah dan memberikan peringatan semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan itu bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapat sokongan rakyat.

Kemudian Abdul Hadi dilapor menegaskan kalimah Allah tidak boleh disalahguna untuk mengelirukan umat Islam.

Sementara Nik Aziz pula dilapor menjelaskan bahawa tidak menjadi masalah bagi orang Kristian menggunakan kalimah Allah dalam perbualan tetapi tidak boleh digunakan secara rasmi dalam akhbar, majalah atau buku.

NONEBagaimanapun, tegasnya orang Kristian tidak boleh samakan Allah dengan tuhan, kerana Allah dalam Islam berbeza dengan konsep triniti Kristian sebab dalam Islam, Allah itu esa.

Mengulas lanjut, pemimpin PAS yang lebih mesra dipanggil Abang Mat itu berkata SMS yang disebarkan itu tidak ada mengena dengan Himpunan Kebangkitan Rakyat yang akan berlangsung Sabtu ini di Stadium Merdeka.

Sebalikya, beliau berpandangan ia mempunyai hubungkait dengan pilihan raya umum ke-13 yang bakal menjelang, bagi memainkan emosi orang Melayu.

"Pilihan raya semakin hampir, jadi dimainkan emosi orang Melayu. Apabila isu pembangunan dan urustadbir (sudah) tidak boleh (dimainkan), dimainkan (pula) sentimen perkauman, Amanat Haji Hadi ditimbukan semula.

"Semua ini nak kaut undi Melayu. Habis pilihan raya, habislah isu ini... Ini untuk menarik undi Melayu. Umno dan BN bergantung kepada undi Melayu," katanya.

 
Hadi: Islam tak halang orang lain guna kalimah 'Allah'
 
dikemaskini Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berkata, Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah 'Allah' dalam amalan mereka, walaupun tidak mencapai maksud asal bahasa al-Quran.

Sambil menyatakan rasa kesalnya bahawa kerajaan Umno-BN menjadikannya satu isu polemik dengan menggunakan media arus perdana, apabila mereka (Umno dan BN) tidak faham dan ini menyebabkan ketegangan penduduk pelbagai agama dalam masyarakat majmuk.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata mereka telah mencapai kata sepakat mengenai isu itu dan mahu Abdul Hadi menjelaskannya dengan lebih lanjut.

Pakatan dinner HadiAbdul Hadi berkata pendirian PAS adalah konsisten dalam isu
tersebut  seperti dalam kenyataan media beliau pada 4 Januari 2010 dan beliau juga telah mengemukakan kertas kajian dalam seminar anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) di mana perkataan 'Allah' dalam pengertian asal Al-Quran (Dia sahaja tuhan yang maha esa) tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa secara tepat.

Namun begitu, tegasnya lagi, Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah 'Allah' dalam amalan mereka, walaupun ia tidak mencapai maksud asal bahasa Al-Quran.
Majlis Agama Islam Selangor mengeluarkan satu kenyataan hari ini di mana Sultan Selangor bertitah bahawa kalimah Allah tidak boleh sama sekali digunakan di negeri Selangor oleh mana-mana agama bukan Islam yang lain sebagaimana yang telah difatwa dan diwartakan pada 18 Februari 2010.

Apabila ditanya mengenainya, Abdul Hadi berkata beliau tidak mahu mengulas mengenainya kerana menurutnya kenyataan tersebut adalah jelas.

"Kenyataan itu adalah mencukupi dan saya tidak mahu mengulas lanjut," katanya.
NONEAnwar mengalu-alukan pendirian PAS itu sebagai pendirian bersama
Pakatan Rakyat. Beliau mahu ia jelas bahawa semua pihak termasuk pihak gereja dan bukan Islam hendaklah menghormati isu tersebut dan bagaimana umat Islam muliakan nama Allah.

Isu penggunaan kalimah Allah itu berlarutan sejak perkara itu telah dibawa ke mahkamah berikutan rampasan buku dan VCD oleh Kementerian Dalam Negeri berhubung penggunaan kalimah 'Allah' dalam buku-buku Kristian.

Kalimah tersebut telah digunakan secara meluas di kalangan orang Kristian di Sabah dan Sarawak, dan juga di kalangan masyarakat Sikh.

Pada 31 Disember 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa larangan terhadap penggunaan kalimah Allah oleh agama lain adalah tidak sah. Perkara itu masih dalam rayuan di Mahkamah Rayuan.