Sunday, May 12, 2013
Permuafakatan Komuniti 1 Malaysia Negeri Sembilan.
Komuniti 1 Malaysia sebuah badan NGO yang di tubuhkan oleh
Jabatan Penerangan Malaysia, bagi tujuan untuk menjalinkan lagi
perhubungan lebih erat antara Jabatan Penerangan Malaysia bersama
Masyarakat kampong yang di tauliahkan penubuhanya KIM di kawasan mereka.
Dengan adanya Komuniti 1 Malaysia di kawasan mereka , Jabatan Penerangan Malaysia akan memberikan
peruntukkan untuk mereka menjalankan aktiviti di peringkat kampong atau mungkim. Aktiviti kemasyarakatan
seperti ceramah kenegaraan, motivasi dan keagaman, info , sepakat dan pelbagai program yang
bertujuan bagi merapatkan hubungan antara ahli-ahli komuniti 1 Malaysia dengan pihak Pejabat
Penerangan Malaysia di seluruh Daerah di Malaysia. Juga berperanan penting sebagai Penggerak
Transformasi Rakyat.
Dengan maktlamat merapatkan lagi perhubungan malah untuk tujuan kenal mengenali antara
pengerusi ahli -ahli jawatan kuasa Komuniti 1 Malaysia di dalam Negeri Sembilan. Program yang
di namakan Permuafakatan Komuniti 1 Malaysia telah di adakan di Nilai Spring baru-baru ini, bertujuan
untuk menemukan seluruh Pengerusi juga ahli-ahli jawatan kuasa Komuniti 1 Malaysia dalam Negeri Sembilan.
Negeri Sembilan mempunyai 69 buah Komuniti 1 Malaysia dan mempunyai 350 ahli jawatan kuasa yang
terdiri dari Pengerusi, Setiausaha serta Ahli Jawatan Kuasa tidak termasuk penduduk kampong atau
mungkim yang telah di tuliahkan tertubuhnya Komuniti Bestari 1 Malaysia.
Pada program berkenaan juga pihak Jabatan Penerangan Malaysia meluluskan pemberian
sebuah komputer laptop kepada 69 Komuniti 1 Malaysia di Negeri Sembilan. Tujuan bagi memudahkan
urusan pentadbiran Komuniti 1 Malaysia di peringkat Daerah dalam urusan merancangkan aktiviti bagi
memudahkan ahli serta masyarakat kampong dan mungkim maklum lebih awal aktiviti yang bakal
di laksanakan di tempat mereka nanti.
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia En Tarmizi Hashim dalam amanatnya
pada program berkenaan meminta seluruh ahli Komuniti 1 Malaysia Negeri Sembilan setia kepada
kerajaan yang sedia ada sekarang di bawah kepimpinan Datuk Seri Haji Mohamad bin Haji Hasan
Menteri Besar Negeri Sembilan. Kepimpinan yang baik mesra rakyat mesti di kekalkan jangan terperdaya
dengan janji-janji manis pihak yang berkepentingan Politik yang menyebabkan rakyat bercakaran sesama
sendiri serta bermusuhan hanya kerana fahaman politik yang sempit.
Jangan terpengaruh dengan budaya yang tidak menghormati kepimpinan Negara serta budaya yang
tidak bersesuai dengan budaya masyarakat di Malaysia. Didiklah ahli masyarakat dalam Komuniti 1 Malaysia menjadi ingsan yang sentiasa berterima kasih kepada kepimpinan Negara kita yang sentiasa membantu dalam pelbagai bantuan untuk meringankan bebanan yang di hadapi oleh masyarakat.
Pada program berkenaan telah melantik En Johari bin Majid dari Komuniti 1 Malaysia Daerah Tampin dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Permuafakatan KIM Negeri Sembilan bagi sesi tahun 2012-2013. Pengerusi berperanan membantu Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sembilan mengerakan seluruh ahli Komunit 1 Malaysia Negeri Sembilan untuk berkerja rapat dalam apa juga program bagi tujuan kebaikkan seluruh ahli Komuniti 1 Malaysia Negeri Sembilan.
Pengerusi juga akan memberikan amanat kepada seluruh ahli
jawatan kuasa Pemuafakatan Komuniti 1 Malaysia apa tugas juga peranan mereka bila berada di kawasan
Komuniti 1 Malaysia yang di bawah bidang kuasa mereka agar ahli juga masyarakat kampong atau mungkim
akan dasar kerajaan yang sentiasa memberikan segala bantuan kepada mereka sentiasa berterusan bukan
sekadar dalam masa-masa tertentu sahaja.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment