Wednesday, May 15, 2013





Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan senarai anggota jemaah menterinya, yang disifatkannya sebagai “kabinet berimbang”.

Antara yang menjadi perhatian adalah pelantikan ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin sebagai menteri belia dan sukan serta, pemimpin Hindraf P Waythamoorthy sebagai timbalan menteri di jabatan perdana menteri.

Kabinet baru Najib didominasi oleh Umno dengan 20 menteri, manakala PBB (Sarawak) 4, MIC (2), PRS (Sarawak), PBRS, PBS dan Upko (Sabah) masing-masing 1. Tiga menteri, semua di Jabatan Perdana Menteri bukan dari parti politik.

Manakala 16 jawatan timbalan menteri pula diisi oleh Umno, MIC (2), PBB (3), PRS (1) dan PBS (1). Tiga lagi timbalan menteri adalah melalui lantikan sebagai senator - termasuk seorang dari Umno (Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah), seorang lagi dari  PPP (Datuk Dr Loga Bala Mohan).

Kedudukan MCA dalam kabinet pula, kata perdana menteri, akan ditentukan kemudian kerana ia melibatkan pendirian mesyuarat agung luar biasa (EGM) parti itu yang tidak menerima jawatan dalam kabinet.

Berikut adalah senarai menteri dalam kabinet yang diumumkan Najib:
Perdana menteri: Datuk Seri Najib Razak (Umno)
Timbalan Perdana Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin (Umno)

Jabatan Perdana menteri:

Datuk Seri Jamil Khir Bahrom (Umno)
Datuk Seri Idris Jala (Senator)
Datuk Seri Abdul Wahid Omar (Senator)
Tan Sri Joseph Kurup (PBRS)
Puan Hajah Nancy Shukri (PBB)
Datuk Joseph Entulu anak Belalun (PRS)
Datuk Paul Low Seng Kwan (Senator)
Datuk Seri Shahidan Kassim (Umno)

Timbalan Menteri di JPM
Datuk Razali Ibrahim (Umno)
P Waythamoorthy (Senator)

Menteri Kewangan 1:
Datuk Seri Najib Tun Razak (Umno)

Menteri Kewangan II:
Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (Umno)
Timbalan Menteri Kewangan:
Datuk Ahmad Maslan  (Umno)                            

Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi:
Menteri I: Tan Sri Muhyiddin Yassin (Umno)
Menteri II: Datuk Seri Idris Jusoh (Umno)
Timbalan I: Datuk Mary Yap Kain Ching (PBS)
Timbalan II: P Kamalanathan (MIC)

Menteri Pertahanan:
Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Umno)
Timbalan: Datuk Abdul Rahim Bakri (Umno)                                                

Menteri Dalam Negeri:
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (Umno)
Timbalan: Datuk Wan Junaidi Tunku Jaafar (PBB)

Menteri Pengangkutan:
Datuk Seri Hishammuddin (pemangku)(Umno)
Timbalan: Datuk Abdul Aziz Kaprawi (Umno)

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan:
Datuk Seri Nazri Abdul Aziz (Umno)
Timbalan: Datuk Joseph Salang Anak Gandum (PRS)

Menteri Luar Negeri:
Datuk Seri Anifah Aman  (Umno)                                          
Timbalan: Datuk Hamzah Zainuddin (Umno)

Menteri Kerja Raya:
Datuk Fadillah Yusof (PBB)
Timbalan: Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (Umno)

Menteri Kesihatan:
Datuk Seri Dr S Subramaniam (MIC)
Timbalan: Datuk Seri Hilmi Yahaya (Umno)

Menteri Belia dan Sukan:
Khairy Jamaluddin Abu Bakar (Umno)                                
Timbalan:
Datuk M Saravanan (MIC)

Menteri Sumber Manusia:
Datuk Richard Riot Anak Jaem (SUPP)
Timbalan: Datuk Ismail Abd Muttalib (Umno)

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan:
Datuk Hassan Malek (Umno)
Timbalan: Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah (Umno)

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri:
Datuk Mustapa Mohamad (Umno)
Timbalan: Hamim Samuri  (Umno)              

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani:
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Umno)
Timbalan: Datuk Tajuddin Abdul Rahman (Umno)

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi:
Datuk Dr Ewon Ebin (UPKO)
Timbalan: Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah (Umno)
                         
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar:
Datuk Seri G Palanivel
Timbalan: Datuk Dr James Dawos Mamit (PBB)

Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau:
Datuk Seri Maximus Ongkili
Timbalan: Datuk Seri Mahdzir Khalid

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah:
Datuk Seri Shafie Apdal (Umno)
Timbalan: Datuk Alexander Nanta Linggi  (PBB)                

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi:
Datuk Seri Douglas Uggah Embas (PBB)
Timbalan: Datuk Noriah Kasnon (Umno)

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan:
Datuk Abdul Rahman Dahlan (Umno)
Timbalan: Datuk Halimah Sadique (Umno)

Menteri Komunikasi dan multimedia:
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (Umno)
Timbalan: Datuk Jailani Johari (Umno)
Menteri Wilayah Persekutuan:
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Umno)
Timbalan: Datuk Dr Loga Bala Mohan A/L Jaganathan (Senator)

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat:
Datuk Rohani Abdul Karim (PBB)
Timbalan: Datuk Azizah Mohd Dun (Umno)



Sunday, May 12, 2013






Gandingan dipilih berwibawa merealisasikan program transformasi

Kuala Lumpur: Barisan Kabinet yang dijangka diumumkan minggu ini bakal menyaksikan gabungan muka baru dan berpengalaman ke arah merealisasikan program transformasi Datuk Seri Najib Razak dalam kerajaan yang dicetuskan beliau sejak empat tahun lalu.

Perdana Menteri yang mendapat mandat baru, boleh membentuk kabinetnya daripada 133 Ahli Parlimen BN yang menang pada pilihan raya umum Ahad lalu, termasuk dari Sabah dan Sarawak atau memilih yang kalah dengan melantik mereka sebagai senator. 
Bakal umum esok 


Mereka yang dipilih dijangka diumumkan esok dan mengangkat sumpah jawatan Rabu ini.

Berdasarkan amalan sebelum ini, Perdana Menteri memilih wakil daripada 14 parti komponen BN untuk jawatan Menteri dan Timbalan Menteri. Namun, kali ini kemungkinan tiada wakil MCA dan GERAKAN yang memutuskan tidak mahu wakil parti dipilih berikutan persembahan buruk dalam PRU-13.

Dalam pilihan raya itu, UMNO menang 88 kerusi, MCA tujuh, MIC empat dan GERAKAN satu kerusi. Di Sarawak, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menang 14 kerusi; Parti Rakyat Sarawak (PRS) enam; Parti Tindakan Demokratik Sarawak (SPDP) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) masing-masing empat; UPKO tiga, manakala LDP, PBRS dan SUPP masing-masing satu.

Bagaimanapun, ramai berpendapat permintaan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, supaya parti itu tidak diberi jawatan dalam Kabinet mungkin tidak menjadi kenyataan untuk menggambarkan suasana harmoni dalam pentadbiran kerajaan. 
Barisan Kabinet dijangka menampilkan muka baru kerana ramai yang digugurkan dan penyandang menteri serta timbalan kalah ketika pilihan raya, menyebabkan beberapa portfolio perlu diisi dengan muka baru jika penyandang tidak dilantik sebagai senator.

Nama Ali Rustam, Ghani dipertimbang 

Antaranya, Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang menawarkan diri berkhidmat sebagai menteri, selain Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (Baling), Datuk Abdul Rahman Dahlan (Kota Belud) dan P Kamalanathan (Hulu Selangor)
Selain itu, berikutan kekosongan, beberapa bekas menteri seperti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis kemungkinan dilantik kali ini. Calon lain ialah bekas Setiausaha Parlimen, Datuk Seri Dr Hilmi Yahya dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Selain itu, ketiadaan ramai Ahli Parlimen wanita memungkinkan Datuk Halimah Mohamed Sadique (Tenggara) dan Datuk Azizah Mohd Dun (Beaufort) yang menewaskan Datuk Lajim Ukin yang meletak jawatan dan keluar BN tahun lalu dan Datuk Nancy Shukri (Batang Lupar) dilantik sebagai Menteri atau timbalan.

Bagaimanapun, kegagalan bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan bekas Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman yang masing-masing tewas di Bukit Katil dan Gelang Patah, dijangka dilantik sebagai Menteri.

Kementerian baru

Berdasarkan aku janji BN dalam manifestonya, Najib juga dijangka mewujudkan kementerian baru, seiring dengan anjakan demografi bandar dan menangani cabaran sosial ekonomi bandar. Bagi tujuan itu, beliau dikatakan akan merombak Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

Namun, ada yang menjangka Najib akan menambah kementerian daripada 25 ketika ini kerana ada cadangan sebelum ini supaya beberapa kementerian diasingkan untuk penyesuaian pentadbiran, sekali gus menyebabkan ada penambahan portfolio baru.

Selain itu, Najib dijangka mengekalkan kabinet tanpa Setiausaha Parlimen bagi memastikan BN mempunyai ramai Ahli Parlimen penyokong kerajaan di Dewan Rakyat.

Senarai kali ini juga bakal menyaksikan ketiadaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui, Datuk Seri Kong Cho Ha, Datuk Seri Chor Chee Heung, Tan Sri Bernard Dompok dan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang tewas dan tidak bertanding semula kecuali mereka dilantik sebagai senator.

Timbalan Menteri yang tewas pula ialah Datuk Saifuddin Abdullah, Dr Mohd Puad Zarkashi, Datuk S K Devamany, Datuk Liew Vui Keong, Datuk Tan Lian Hoe dan A Kohilan Pillay.








Permuafakatan Komuniti 1 Malaysia Negeri Sembilan.


Komuniti 1 Malaysia sebuah badan NGO yang di tubuhkan oleh
Jabatan Penerangan Malaysia,  bagi tujuan untuk menjalinkan lagi
perhubungan lebih erat antara Jabatan Penerangan Malaysia bersama
Masyarakat kampong yang di tauliahkan penubuhanya KIM di kawasan  mereka.

Dengan adanya  Komuniti 1 Malaysia di kawasan mereka , Jabatan Penerangan Malaysia akan memberikan
peruntukkan untuk mereka menjalankan aktiviti di peringkat kampong atau mungkim. Aktiviti kemasyarakatan
seperti ceramah kenegaraan, motivasi dan keagaman, info , sepakat dan pelbagai program yang
bertujuan bagi merapatkan hubungan antara ahli-ahli komuniti 1 Malaysia dengan pihak Pejabat
Penerangan Malaysia di seluruh Daerah di Malaysia. Juga berperanan penting sebagai Penggerak
Transformasi Rakyat.

Dengan maktlamat merapatkan lagi perhubungan malah untuk tujuan kenal mengenali antara
pengerusi ahli -ahli jawatan kuasa Komuniti 1 Malaysia di dalam Negeri Sembilan. Program yang
di namakan Permuafakatan Komuniti 1 Malaysia telah di adakan di Nilai Spring baru-baru ini,  bertujuan
untuk menemukan seluruh Pengerusi juga ahli-ahli jawatan kuasa Komuniti 1 Malaysia dalam Negeri Sembilan.

Negeri Sembilan mempunyai 69 buah Komuniti 1 Malaysia dan mempunyai 350 ahli jawatan kuasa yang
terdiri dari Pengerusi, Setiausaha serta Ahli Jawatan Kuasa tidak termasuk penduduk kampong atau
mungkim yang telah di tuliahkan tertubuhnya Komuniti Bestari 1 Malaysia.

Pada program berkenaan juga pihak Jabatan Penerangan Malaysia meluluskan pemberian
sebuah komputer laptop kepada 69 Komuniti 1 Malaysia di Negeri Sembilan. Tujuan bagi memudahkan
urusan pentadbiran Komuniti 1 Malaysia di peringkat Daerah dalam urusan merancangkan aktiviti bagi
memudahkan ahli serta  masyarakat kampong dan  mungkim  maklum lebih awal aktiviti yang bakal
di laksanakan  di tempat mereka nanti.

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia En Tarmizi Hashim dalam amanatnya
pada program berkenaan meminta seluruh ahli Komuniti 1 Malaysia Negeri Sembilan setia kepada
kerajaan yang sedia ada sekarang di bawah kepimpinan Datuk Seri Haji Mohamad bin Haji Hasan
Menteri Besar Negeri Sembilan. Kepimpinan yang baik mesra rakyat mesti di kekalkan jangan terperdaya
dengan janji-janji manis pihak yang berkepentingan Politik yang menyebabkan rakyat bercakaran sesama
sendiri serta bermusuhan hanya kerana fahaman politik yang sempit.

Jangan terpengaruh dengan budaya yang tidak menghormati kepimpinan Negara serta budaya yang
tidak bersesuai dengan budaya masyarakat di Malaysia. Didiklah ahli masyarakat dalam Komuniti 1 Malaysia menjadi ingsan yang sentiasa berterima kasih kepada kepimpinan  Negara kita yang sentiasa membantu dalam pelbagai bantuan untuk meringankan bebanan yang di hadapi oleh masyarakat.

Pada program berkenaan telah melantik En Johari bin Majid dari Komuniti 1 Malaysia Daerah Tampin dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Permuafakatan  KIM Negeri Sembilan bagi sesi tahun 2012-2013. Pengerusi  berperanan membantu Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sembilan mengerakan seluruh ahli Komunit 1 Malaysia Negeri Sembilan untuk berkerja rapat dalam apa juga program bagi tujuan kebaikkan seluruh ahli Komuniti 1 Malaysia Negeri Sembilan.

Pengerusi juga akan memberikan amanat kepada seluruh ahli
jawatan kuasa Pemuafakatan Komuniti 1 Malaysia apa tugas juga peranan mereka bila berada di kawasan
Komuniti 1 Malaysia yang di bawah bidang kuasa mereka agar ahli juga masyarakat kampong atau mungkim
akan dasar kerajaan yang sentiasa memberikan segala bantuan kepada mereka sentiasa berterusan bukan
sekadar dalam masa-masa tertentu sahaja.