MAKAN DI LUAR: PILIH DENGAN BIJAK
|
|
Makan di luar telah menjadi perkara biasa bagi penduduk Malaysia. Membeli makanan yang telah siap dimasak atau makan di luar merupakan cara mudah untuk menikmati makanan. Walau bagaimanapun para pengguna mestilah membuat pilihan secara bijak dari aspek pemilihan premis makanan, tahap kebersihan pengendali makanan dan jenis pemilihan makanan.
|
Makan hanya di premis yang bersih. Jika anda makan di luar, pilihlah tempat: |
|
- Keadaaan keseluruhan premis yang baik seperti terletak jauh dari jalan raya, bebas dari
binatang yang berkeliaran, lalat, habuk, lipas dan tikus.
- Mempunyai kawasan persekitaran premis yang bersih serta mempunyai aliran udara yang baik.
- Lengkap dengan kemudahan asas seperti bekalan air yang bersih dan selamat, elektrik, saliran
longkang, tong sampah yang bertutup, sisa dibuang dalam beg plastik.
- Mempunyai kemudahan kebersihan yang lengkap seperti tandas yang bersih, tempat basuh
tangan yang menpunyai sabun cecair dan kain lap yang mencukupi.
- Peralatan bersih dan sempurna serta meja bersih.
- Makanan yang telah siap dimasak mesti ditutup, makanan diperagakan dalam keadaan panas.
- Menudung makanan yang telah siap dimasak.
- Tidak menindih makanan semasa menghidang.
- Menggunakan tuala khusus untuk mengelap tangan, meja dan pinggan mangkuk.
|
|
Pilihlah pengendali makanan yang: |
|
- Tidak merokok, makan sirih, makan atau minum semasa mengendali makanan.
- Berkuku dan berambut pendek.
- Membasuh tangan selepas ke tandas dan sebelum menyediakan makanan serta selepas
mengendalikan makanan mentah seperti ayam, daging, ikan dan sebagainya.
- Tidak bersin, batuk atau meludah ke arah makanan.
- Menggunakan penyepit, sudu, garpu semasa mengambil makanan
|
|
Pilihlah makanan yang berkhasiat dan seimbang. Buatlah pilihan makanan dengan bijak mengikut garis panduan berikut : |
|
- Pelbagaikan pilihan makanan berpandukan piramid makanan
- Banyak memakan makanan yang kaya dan diperbuat dari bijirin dan ubi
- Tambahkan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan
- Pilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol
- Pilih makanan yang mengandungi kurang gula dan garam
- Pilih minuman yang kurang atau tidak bergula
- Makan untuk keperluan bagi mencapai berat badan yang sesuai
- Nikmatilah makanan anda Jaminan makanan yang selamat hanya diperolehi dari premis
makanan yang bersih dan nikmatilah makanan untuk kesihatan.
|
No comments:
Post a Comment