Oleh : Sapar Sutir
REMBAU: Berlubang-lubang, di takungi air sukar untuk mengelak di sebabkan lubangnya banyak adalah situasi yang di hadapi oleh pengguna setiap kali melalui jalan di sebelah Sekolah Kebangsaan Undang Remabu, jalan yang menjadi lalu untuk orang ramai berurusan dengan Pejabat Veterina juga jalan untuk memasuki kg seberang batu hampar, Rembau.
Keadaan jalan yang rosak sejak 3 tahun lalu masih kekal begitu tanpa ada sebarang tindakan oleh pihak berkuasa tempatan PBT Daerah Rembau, jalan berkenaan sering di gunakan oleh pelajar sekolah dari kg batu hampar juga orang luar yang berkursus di Rembau kerana terdapat asrama Jururawat di situ.
Dari tinjuan yang di jalankan oleh wakil Metro mendapati jalan berkenaan hanya di turap sebahagian sahaja iaitu di kawasan jalan bahagian hadapan sahaja tanpa di selesaikan sehingga pengakhir jalan yang mengalami kerosakkan teruk tidak di turap.
Saya amat tidak puas hati dengan keadaan jalan yang berlubang-lubang kerana sepatutnya di turap hingga ke jalan hujung tapi hanya sekadar separuh jalan sahaja yang di turap yang menyebabkan jalan ini semakin rosak teruk bila hujan di penuhi air di permukaan jalan menyukar pengguna untuk mengelak lubang kerana keadaan jalan yang di penuhi air ianya mampu mengundang bahaya kepada pengguna jalan ini. ujur penduduk Othman Sidon 56.
Pihak PBT Daerah Rembau di harapkan segera menurap jalan yang rosak dan berlubang segera demi menjamin keselesaan pengguna melalui jalan ini, kalau di ikutkan jalan yang rosak tidak berapa panjang sekadar lebih kurang 700 meter sahaja tetapi kenapa pihak PBT Daerah Rembau tidak menurap sejak sekian lamanya masih kekal begitu sahaja sehingga kerosakkan semakin teruk. menurut Nasaruddin Ismail 45 pekerja swasta.
Keluhan dan harapan pengguna jalan yang memasuki Pejabat Veterina, kg Seberang Batu Hampar juga asrama jururawat Rembau perlu di tangani segera kerana telah sekian lama ianya berlaku, masyarakat di situ hanya minta jalan berkenaan di turap semula demi keselesaan mereke keluar masuk untuk berurusan di Pekan Rembau.
No comments:
Post a Comment