Thursday, July 26, 2012

Tip Kekal Sihat



Ingin merasa kurang penat, hidup lebih ceria dan bertenaga - amalkan strategi berikut untuk meningkatkan tenaga:

1. Sentiasa makan sarapan pagi

Percaya atau tidak, hidangan yang pertama untuk sesuatu hari adalah yang paling penting, yang menyediakan bahan api yang diperlukan oleh badan untuk memastikan anda dapat menjalani hari anda. Jangan sekali-kali terlepas sarapan pagi; jika tidak sempat makan kepingan sarapan (breakfast bar), pisang atau epal, atau minum segelas jus.

2. Makan sedikit tetapi lebih kerap

Kajian telah membuktikan bahawa makan lebih sedikit dan makanan yang lebih menyihatkan sebenarnya memberi anda lebih banyak tenaga berbanding makan dengan kuantiti yang lebih banyak, yang sering membuat anda merasa
letih dan mengantuk! Cuba makan makanan ringan yang sihat setiap empat jam untuk mengekalkan tahap tenaga anda.

3. Bersenam

Berjalan, berjoging atau berbasikal sekurang-kurangnya lima belas minit setiap hari. Mana-mana jenis aktiviti fizikal akan meningkatkan tahap tenaga anda. Cari masa di antara waktu rehat, kelas, sebelum atau selepas kerja. Rancang dan wujudkan jadual untuk bersenam. Anda akan melihat peningkatan segera pada tahap tenaga anda.

4. Beri sel anda makan

Jika anda sering atau hanya kadang-kadang merasa penat dan keletihan yang melampau, ini mungkin tanda pasti yang sel-sel dalam badan anda tidak menerima nutrien secukupnya. Apabila badan kita tidak mendapat cukup nutrien dari pemakanan kita, kita menjadi letih dengan lebih cepat. Cara yang ampuh untuk merasa lebih bertenaga adalah untuk menambah diet kita dengan pemakanan tambahan yang dapat mempertingkatkan kesihatan sel kita.

5. Makan makanan tinggi tenaga

Pertimbangkan untuk menambah makanan yang mempunyai tenaga yang tinggi kepada diet anda seperti susu, keju, yogurt, kacang, telur, ikan, ayam, dan daging tanpa lemak.

6. Minum air

Minum air dengan kerap.

7. Minum jus

Minum segelas jus epal atau jus oren tulen. Kedua-dua akan membekalkan anda dengan tenaga yang banyak, terutamanya apabila anda sudah mula keletihan.

8. Kurangkan penggambilan kafein

Cara yang hebat untuk membantu mengekalkan tahap tenaga anda adalah untuk mengurangkan atau menghapuskan kafein dari diet anda. Ingat: kafein adalah sejenis perangsang dan akan membuat anda gelisah.

9. Vitamin

Ambil vitamin C, dan multi-vitamin (yang mengandungi B6, B12 dan asik folik). Atau, makan makanan yang kaya dengan vitamin ini seperti oren, badam, kacang tanah, anggur merah, delima, dan berry (Acai berry, elderberry).

10. Galian/Mineral

Ambil pemakanan tambahan yang mengandungi galian besi, ia akan meningkatkan tenaga keseluruhan anda.. 

Masalah Stres


Tip Penjagaan Jantung Kita



Jantung merupakan salah satu organ yang amat penting terdapat dalarn tubuh kita. Tanpanya, sudah pasti kita semua tidak bernyawa. Justeru, untuk menjamin kesejahteraan dan kesihatan tubuh kita, amat wajar sekali perhatian sejak dan awal diberikan kepada jantung.

Seperkara perlu diingatkan, jantung kita akan terus berdenyut selagi hayat masih ada untuk mengepam darah yang mencukupi bagi kegunaan sel-sel tubuh. Namun disebabkan oleh gaya hidup yang tidak sihat, sebahagian besar daripada kita cenderung untuk mendapat serangan sakit jantung.

Seperti yang dimaklumi, serangan sakit jantung merupakan salah satu punca utama kematian di kalangan rakyat di negara-negara maju dan membangun seperti Malaysia. Hakikatnya, serangan sakit jantung bukan tidak boleh dielakkan. Cumanya, kita perlu menjaga jantung kita bermula dari sekarang. Bagaimanakah caranya?

Pertamanya, kita mesti memulakan tabiat baik sejak kanak-kanak lagi agar ia (amalan baik) itu berterusan sehingga dewasa kelak.

Terdapat banyak cara dan petua diberikan berhubung cara bagaimana menjaga jantung kita.

Buku-buku mengenai hal yang sama juga banyak terdapat di pasaran. Salah satunya ialah yang ditulis oleh Dr. Jamilah Jamaludin berjudul Jantung - Antara Hidup dan Mati (1997), terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Di dalam buku ini, beliau menurunkan beberapa petua menjaga jantung bagi dijadikan panduan. Antaranya ialah mengawal berat badan, menjaga pemakanan, berhenti merokok, bersenam, mengurangkan tekanan atau stres dan melakukan perubahan gaya hidup.

Kawalan berat badan

Kegemukan sering mencetuskan faktor risiko lain seperti paras lemak yang tinggi, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya. Oleh itu, berat badan berlebihan hendaklah dikurangkan kepada nilai yang sesuai bagi bentuk badan seseorang itu.

Dan lazimnya, kegemukan itu disebabkan oleh makanan berlebihan yang mungkin diamalkan sejak kecil lagi. Realitinya, mereka yang memiliki berat badan berlebihan tidak bergiat aktif, lantas kalori yang tinggi dalam makanan mereka tidak digunakan.

Maka lebihan makanan itu ditukarkan kepada lemak yang berkumpul pula pada bahagian-bahagian tertentu di badan seperti paha, perut dan sebagainya tanpa ketinggalan jantung. Tetapi apabila lemak berkumpul di jantung, ia akan mengganggu kerja-kerja jantung.

Pemakanan

Bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan, boleh mengelakkan makanan yang kaya lemak seperti mentega, keju, minyak sapi dan makanan bersantan.

Pesakit jantung sendiri dinasihatkan supaya mengambil hanya sedikit makanan berlemak. Makanan yang mengandungi kolesterol hendaklah dielakkan. Ini termasuk telur, mentega, hati, otak dan sebagainya. Penggunaan minyak dalam penyediaan makanan juga patut dibataskan. Sebaliknya, digalakkan makanan yang dimasak secara kukus dan panggang. Masakan cara ini adalah lebih baik.

Sayur-sayuran seperti lobak, mentimun, semua jenis kubis dan sayur berdaun hijau selain buah-buahan adalah baik untuk men-jamin kesihatan dan kesejahteraan hidup. Justeru, amat baik sekali ia diamalkan setiap hari pengambilannya.

Seperkara lagi yang berkaitan dengan pemakanan ialah dinasihatkan tidak mengambil alkohol. Ia bukan sahaja menyulitkan usaha menurunkan berat badan tetapi turut mendatangkan bahaya pada tubuh, lebih-lebih lagi hati.

Berhenti merokok

Majoriti mereka yang mendapat serangan sakit jantung ialah kalangan yang merokok. Jika pernah mendapat serangan jantung, perlulah menurut nasihat doktor supaya amalan menghisap rokok dihentikan. Ini berupaya mengurangkan risiko berulangnya sakit jantung itu.

Bersenam

Bersenam adalah cara terbaik untuk menjaga kesihatan. Joging, berjalan dan mengayuh basikal merupakan antara contoh senaman bagi mereka yang ada mengalami serangan jantung.

Pendek kata, sebarang senaman yang dibuat secara teratur adalah baik dan jelas sekali aktiviti ini dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung.

Aktiviti senaman dapat membantu jantung mengedarkan darah secara lebih berkesan. Selebihnya, dengan bersenam secara teratur turut menjadikan tekanan darah diturunkan.

Perubahan gaya hidup

Risiko mendapat penyakit jantung koronari dan hipertensi/tekanan darah tinggi sering dikaitkan dengan amalan atau cara hidup seseorang. Ini meliputi aspek pemakanan, aktiviti riadah, tabiat merokok dan sebagainya.

Cara ini, jika menjadi amalan kita, elok diubah. Amalan hidup yang sihat tentunya boleh menjaga tubuh kita, sekali gus menjaga jantung agar hidup sentiasa sejahtera.

Khasiat buah-buahan tempatan kita.





Khasiat buah-buahan tempatan.
Semasa kegawatan ekonomi, para pengguna mengeluh bahawa kebanyakkan harga barangan naik terutamanya barangan makanan. Namun mereka tidak pilihan melainkan terpaksa membelinya, walaupun harganya meningkat, kerana barangan makanan merupakan keperluan asa kehidupan.

Makanan penting untuk tumbesaran dan kehidupan harian manusia. Kita memerlukan pelbagai jenis zat makanan untuk memastikanbadan kita kuat dan sihat. Kita perlu memakan pelbagai jenis makanan untuk mendapat nutrient yang seimbang. Salah satu makanan yang penting serta berkhasiat ialah buah-buahan

Walau bagaimana pun, buah-buahan import seperti Oren, epal dan anggur dikelaskan sebagai buah-buahan yang mahal harganya. Oleh kerana itu kita wajar mengambil buah-buahan tempatan kita, yang mempunyai khasiat makanan. Iklim di Malaysia amat sesuai dengan  tumbuhan buah-buahan tempatan kita, lebih segar di tambah dengan harga yang lebih murah dari buah yang di import dari luar Negara. Rasanya sedap juga mempunyai khasiat tinggi untuk badan kita. Kita di galakan menanam buah-buahan tempatan di kawasan pesekitaran rumah atau di kawasan kebun di kampong-kampong jug ataman perumahan.

Antara buah-buahan tempatan yang mempunyai khasiat kepada badan kita:

1.    Buah Pisang – Memberi sumber tenaga yang segera, membantu untuk mengatasi masalah sembelit, mengandungi tryptophan sejenis protein yang membolehkan badan mengubahnya menjadi serotonin yang akan membantu anda berasa relaks dan gembira dan boleh merangsangkan pengeluaran hemoglobin di dalam darah. Keadaan ini dapat membantu mencegah anemia.

2.    Buah Betik – Mempunyai serat yang dapat mencegah toksin di dalam usus besar, mengandungi antioksidan, kaya dengan papain sejenis enzim yang baik untuk proses pencernaan makanan, baik untuk jantung dan membnatu pemulihan luka bada badan.
3.    Buah Jambu batu – baik untuk sembelit, berkesan dalam menurunkan kadar kolesrerol dan tahap glukosa dalam badan, bahan antioksidanyang berkesan, membantu memperbaiki keadaan kulit dan mencegah masalah kulit dan Jus jambu batu yang mentah dapat melegakan penyakit batuk dan selesema.

4.    Buah Tembikai – dapat membantu mengurangkan risiko untuk mendapatkan kanser prostat dan penyakit kardiovaskular, biji tembikai ialah sumber protein yang baik, dapat meningkatkan system imunisasi supaya tidak mudah diserang penyakit, kaya dengan Vitamin B yang diperlukan untuk menghasilkan tenaga dan mengawal tekanan darah.

5.    Buah Nenas – Mengandungi potassium yang tinggi dengan kandungan sodiumyang kecil, iaitu membantu menurunkan tekanan darah, melindungi daripada masalah mata yang berkaitan dengan umur kerana ianya kaya dengan bahan antioksidan, membantu untuk membina tulang yang sihat, membantu untuk mengurangkan batuk dan mencairkan lender, melindungi badan kita daripada radikal bebas yang akan menyerang sel yang sihat, membantu untuk membina system imunisasi dadan semula jadi dan menghalang untuk membentukan plak. ( Sekian dari sapar Sutir) 








Sultan Kedah di-Pertuan Agong Baru



Sultan Kedah Dipilih Yang di-Pertuan Agong Baru Sekaligus Catat Sejarah Baru

KUALA LUMPUR: Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya pada Jumaat bersetuju mengisytihar Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baru berkuatkuasa pada 13 Disember ini untuk tempoh lima tahun.
Sultan Abdul Halim akan turut mencatat sejarah baru iaitu menjadi di-Pertuan Agong buat kali yang kedua dalam sejarah pemerintahan baginda.
Kali pertama baginda menaiki takhta ialah pada tahun 1970 sehingga ke tahun 1975 iaitu sebagai Yang di-Pertuan Agong yang kelima.
Belum pernah dalam sejarah pelantikan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sejak kewujudannya pada tahun 1957, mana-mana Raja atau Sultan menaiki singgahsana takhta negara untuk kali yang kedua.
Sultan Abdul Halim, diputerakan pada 28 Nov 1927 di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah.
Baginda menaiki takhta pada 14 Julai, 1958 selepas kemangkatan ayahanda baginda Sultan Badlishah.
Lulusan Wadham College Oxford United Kingdom dengan ijazah Sains Sosial dan Pentadbiran Awam, baginda pernah menyertai Perkhidmatan Awam Negeri Kedah dalam tahun 1950an.
Sementara itu, Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh yang sama, menurut kenyataan akhbar dari Jabatan Perdana Menteri.
Sultan Muhammad V, 42, dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29 pada 13 Sept 2010.
Canselor Universiti Malaysia Kelantan itu diputerakan di Kota Baharu, Kelantan pada 6 Oktober 1969.
Berikut adalah senarai Yang di-Pertuan Agong dari yang pertama sehinggalah yang ke-13:
(1). Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dari Negeri Sembilan, diputerakan pada 1895, memerintah pada 1957-1960, mangkat ketika memerintah pada 1 April 1960.
(2) Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah dari Selangor, diputerakan pada 1898, memerintah pada 1960, mangkat ketika memerintah pada 1 September 1960.
(3). Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail dari Perlis, diputerakan pada 1920, memerintah pada 1960-1965, mangkat pada 2000.
(4). Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin III dari Terengganu, diputerakan pada 1907, memerintah pada 1965-1970, mangkat pada 1979.
(5). Sultan Abdul Halim Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dari Kedah, diputerakan pada 1927, memerintah pada 1970-1975.
(6). Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim Petra dari Kelantan, diputerakan 1917, memerintah pada 1975-1979, mangkat ketika memerintah pada 29 Mac 1979.
(7). Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah dari Pahang, diputerakan pada 1930, memerintah pada 1979-1984.
(8). Sultan Iskandar Al-Haj ibni Almarhum Sultan Ismail dari Johor, diputerakan pada 1932, memerintah pada 1984-1989, mangkat pada 22 Januari 2010.
(9). Sultan Azlan Muhibbudin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzudin Shah dari Perak, diputerakan pada 1928, memerintah pada 1989-1994.
(10.) Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman dari Negeri Sembilan, diputerakan pada 1922, memerintah pada 1994-1999, mangkat pada 27 Disember 2009.
(11). Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj dari Selangor, diputerakan 1922, memerintah pada 1999-2001, mangkat ketika memerintah pada 4 Disember 2001.
(12). Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Syed Putra Jamalullail dari Perlis, diputerakan 1943, memerintah pada 2001-2006.
(13). Sultan Mizan Zainal Abidin ibni AlMarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj dari Terengganu, diputerakan 1962, memerintah pada 2006-2011.

BERSIH 3.0


Perhimpunan Bersih 3.0 yang pada 28.4.12 merupakan detik hitam pada Malaysia kerana telah berlakunya rusuhan jalanan yang bermotifkan fahaman politik yang tidak sehaluan yang membawa agenda tertentu, yang mana rakyat  telah di gunakan untuk menterjemahkan ketidak sukaan meraka kepada parti pemerintah  yang sedia ada. 

Maka berlakulah rusuhan oleh rakyat Malaysia yang mana satu ketika dahulu mereka saling hormat menghormati antara satu sama lain, di sebabakan pengaruh politik rasa hormat semasa mereka telah pudar sehingga sanggup bertindak menyepak, memukul, menendang, memecah kereta malah merosakkan kenderaan milik kerajaan serta harta awam di Kuala Lumpur.

Anggota keselamatan Negara menjadi mangsa amukan perusuh sehingga ada yang terpaksa di rawat di hospital, adakah ini mental dan insparasi rakyat Malaysia yang bakal menjadi Negara Maju tahun 2020. Tidak memikirkan keselamatan orang lain juga keselamatan sendiri hanya kerana ketidak puasan hati kepada perkara yang belum tentunya ada kebenaran sesuatu isu yang di bangkitkan.

Budaya menspin isu sehingga menjadi benar-benar hangat malah menjadi isu yang paling panas bila di perkatakan telah menjadi amalan pihak yang bersikap menentang pihak kerajaan sedia ada. Amalan ini amat bahaya kerana boleh membawa kepada ketidak percayaan rakyat kepada pihak pemerintah sedia ada sekiranya sering di perkatakan walaaupun pada hakikatnya belum ada kepastian bahawa isu berkenaan benar – benar tulin atau benar –benar berlaku.

Amalan mespin isu yang belum ada ketulinan perlu di hindarkan dari pemikiran rakyat Malaysia, sekiranya ianya masih di amalkan nescaya akan ada perkara yang akan berlaku kerana bertujuan membangkitkan perbicangan atau desakan agar isu berkenaan di atasi, bila ianya tidak di layan atau di pandang sepi akan timbul idea untuk mengadakan rapat atau perhimpunan untuk membantah isu berkenaan yang minta di selesaikan, sampai bila pun Negara Malaysia akan ada siri bantahan sebegini yang menganggu keharmonian serta keharmonian  rakyat di bawah yang mencari makan untuk menyara anak dan isteri.

Ada pemandu teksi tidak boleh mencari penumpang, peniaga tidak buka kedai adakah baik demontrasi atau rusuhan sehingga rakyat di bawah yang tidak berdosa sukar untuk mencari rezeki, siapa yang akan menanggung berbelanjaan makan minum anak –anak mereka  di sebabkan golongan tertentu beria ia untuk mengambil alihan kerajaan maka rakyat biasa terpaksa menanggung masalah. Amat tidak adil keadaan sebegini belaku di Malaysia yang dahulunya di namakan Tanah Melayu penuh budi bahasa, sopan santun, masyarakatnya baik sentiasa bantu membantu antara satu dengan yang lain.




Atlet hamil Malaysia Ke Olimpik 2012



Keazaman atlet hamil Malaysia Nur Suryani Mohamed Taibi, 29, untuk memenangi pingat dalam acara menembak pada sukan Olimpik London, bukan saja menarik perhatian ramai penulis blog, malah akhbar terkemuka seperti New York Daily NewsNew York Timesdan Columbus Despatch.

Menang atau kalah memang adat pertandingan, tetapi dalam hal ini, yang pasti, Nur Suryani, pakar dalam acara 10 meter air-rifle, sudah berjaya menarik perhatian kolumnis dan pemberita yang kagum dengan rekod yang bakal diciptanya sebagai peserta yang menyertai sukan Olimpik ketika mengandung lapan bulan.

Dalam laporannya mengenai Nur Suryani, New York Daily Newsantara lain menulis "penyertaan wanita paling sarat mengandung dalam sejarah sukan ternama ini."

Perkara yang mengagumkan peminat Nur Suryani di seluruh dunia ialah sikapnya yang berpegang teguh dengan semangat "Malaysia Boleh" - azimat yang menjadi pembakar semangat kebanyakan rakyat Malaysia untuk maju dalam segenap lapangan.

Kata-kata atlet ini kepada The New York Times menampakkan sikap serta semangatnya yang bertaraf universal. Katanya: "Bagi saya, tiada apa yang mustahil. Ini suatu cabaran. Jika saya mengalah kali ini, saya kena tunggu empat tahun lagi. Mungkin, ketika itu, peluang untuk saya sudah tiada lagi."

Penyertaan Nur Suryani mendorong media Amerika membuat spekulasi tentang jumlah wanita hamil yang menyertai sukan Olimpik setakat ini. Fakta mengenainya sukar diperoleh kerana Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa tidak mempunyai rekod tentang perkara itu.

Bagaimanapun, menurut akhbar itu, sekurang-kurangnya tiga wanita hamil telah beraksi pada sukan Olimpik dan itupun Sukan Olimpik Musim Sejuk Antarabangsa.

Kali terakhir melibatkan jaguh acara Curling Kanada Kristie Moore, yang bertanding pada Olimpik Vancouver 2010 ketika hamil lima bulan setengah.

Penyertaan atlet ini menjadi lebih sensasi apabila dia memenangi pingat perak bagi acara itu.

Bagaimanapun, terdapat beberapa kes wanita hamil mengambil bahagian dalam pertandingan sukan, selain sukan Olimpik. Amber Miller, 27, turut mencipta sensasi apabila dia menyertai Chicago Marathon tahun lepas ketika hamil 39 minggu dan melahirkan bayi perempuan hanya beberapa jam selepas acara itu.

Media Amerika melaporkan Nur Suryani sebagai berkata dia ingin melahirkan anaknya dengan cara yang betul. Sebuah akhbar melaporkan wanita bersemangat waja ini "membelai anak yang dikandungnya dengan kata-kata penuh kasih sayang".

Sebenarnya, Nur Suryani hampir terlepas peluang untuk menyertai Olimpik London kerana pakar sukan Malaysia bimbang keadaannya yang sarat mengandung tidak mengizinkan atlet ini bertanding dengan selesa.

Nur Suryani menduduki ranking ke-47 di dunia dan doktor membenarkannya membuat perjalanan ke luar negara.

The New York Times memetik atlet ini sebagai berkata apabila tua kelak, dia akan berkata kepada anaknya: “Kamu sungguh bernasib baik. Belum lahir lagi, kamu sudah menyertai sukan Olimpik!"

BN

Home
Umno dan BN mempunyai kelebihan untuk memenangi pilihan raya umum ke-13 (PRU 13) dan merampas kembali beberapa negeri yang ditadbir pembangkang, demikian menurut kajian yang dilakukan beberapa ahli akademik.

Prof Madya Dr Fuad Mohd Jali dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata kajian itu, yang dilakukan terhadap 1,400 responden di Kedah dan Selangor pada Mac hingga Mei tahun ini, menyimpulkan bahawa rakyat Malaysia setakat ini memilih BN.

"Di Selangor, pengundi cenderung untuk memilih BN manakala di Kedah kedudukannya 50-50 tetapi ia mungkin berubah," katanya pada Perbincangan Meja Bulat 'PRU 13: Malaysia Pilih Siapa' anjuran Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN) di Kuala Lumpur hari ini.

Pengerusi Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran UKM itu berkata PRU 13 merupakan satu kemuncak kepada penilaian prestasi bagi BN dan pakatan pembangkang di empat negeri sama ada mereka boleh kekal memerintah ataupun BN berjaya merampas kembali keempat-empat negeri berkenaan.

Secara keseluruhannya, beliau berkata 69.6 peratus responden menyatakan bahawa BN akan memenangi PRU 13 iaitu 37.5 peratus menyatakan bahawa BN akan menang dengan 2/3 majoriti manakala 32.1 peratus pula menang dengan majoriti mudah.

"Di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN), 54.1 peratus responden akan memilih BN, 14.4 peratus (PAS), tiga peratus (PKR) dan selebihnya tidak pasti, manakala di peringkat Parlimen, 57 peratus memilih BN, 20.6 peratus (Pakatan Rakyat) dan 22.4 peratus tidak pasti," katanya.

Di Selangor, Dr Fuad berkata kajian simulasi berdasarkan kepada keputusan PRU 11 dan PRU 12, profil pemilih berdaftar terkini dan reputasi BN mendapati bahawa BN akan menang di 40 kerusi DUN.

Di Kedah, seramai 50.7 peratus responden memilih PAS untuk menang di peringkat DUN, 49.3 peratus (BN) dan selebihnya tidak pasti, katanya.

Beliau berkata kepimpinan dan populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang diterima dan terus mendapat sokongan juga menjadi antara faktor kelebihan BN untuk memenangi PRU 13.

"Purata 87.4 peratus mereka yang berumur 21 hingga 60 tahun menyokong kepimpinan Najib. Tujuh puluh enam peratus menyatakan imej Najib amat baik berbanding Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat," katanya.

Beliau berkata sokongan golongan muda pada tahun 2008 agak merosot, justeru, Najib membuat pendekatan 'modul magnet' bagi menarik semula sokongan dengan melakukan pembaharuan yang bersifat populis dan praktikal menerusi media sosial dan transformasi politik.

Profesor Madya Dr Rohana Yusof dari Universiti Utara Malaysia (UUM) yang menjalankan kajian ke atas 10,800 responden di Kedah pada November 2011 sehingga Februari 2012 menunjukkan bahawa rakyat Kedah menolak kerajaan PAS Kedah kerana gagal menunaikan janji yang dibuat pada pilihan raya umum lepas.

"Sebanyak 54 peratus responden menyatakan bahawa kerajaan PAS sedia ada tidak wajar dikekalkan manakala 58 peratus mengatakan bahawa kerajaan BN di peringkat persekutuan perlu dikekalkan," katanya.

Rakyat Kedah kini lebih menerima dasar-dasar kerajaan persekutuan berbanding kerajaan negeri dan cara terbaik ialah dengan memberi ruang kepada BN untuk kembali memerintah Kedah, katanya.

Rohana berkata mereka juga memerlukan seorang Menteri Besar yang mampu menyelesaikan masalah rakyat, mudah dihubungi dan rajin turun padang bertemu rakyat dan ini memberi gambaran terhadap ketidakupayaan Menteri Besar sekarang, Datuk Seri Azizan Abdul Razak melaksanakan tanggungjawab yang diharap oleh rakyat.

"Calon Menteri Besar Kedah yang dipilih sekiranya Umno berjaya merampas Kedah ialah rata-rata memilih Anggota Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Mahathir.

"Ini menunjukkan bahawa mereka perlukan muka baru yang lebih muda untuk mentadbir negeri," katanya.

Wednesday, July 25, 2012

Kajian Ilmiah Sokongan Rakyat Terhadap Kepimpinan Najib



PM Najib mendapat sokongan 75 peratus dari kaum Melayu,  69.6 peratus dari Kaum Cina, kaum India 71, kaum Iban 85.5 dan kaum bumiputra Sarawak 84. Kaum Iban mejadi kaum yang menyokong kuat PM Najib kajian yang di jalankan oleh pakar-pakar politik dan ekonomi dari UKM.
Faktor keyakinan yang tinggi terhadap kepimpinan Najib yang menerajui BN adalah faktor daripada pelbagai transformasi bersifat populis dan praktikal yang berupaya menarik sokongan semua golongan menyokong kepimpinan beliau.
Antara pendekatan yang beliau jalankan adalah dalam media sosial facebook, twitter, konsep 1 Malaysia, tarnsformasi politik, petunjuk prestasi utama ( KPI ), model baru ekonomi ( MBE ), Bidang keberhasilan utama Negara ( NKRA ), Kedai Rakyat 1 Malaysia, bantuan rakyat 1 Malaysia ( BRIM ), skim rumah pertama ku dan program pembangunan luar bandar.
Kajian juga di buat di mana kajian berpendapat BN di lihat berpeluang merampas semula Kedah dari parti Pas 

 

Penjawat Awam Dapat Bonus 2012


Kakitangan Kerajaan dapat bonus 2012 setengah bulan gaji dan yang pencen dapat RM 500.00 kata PM Najib Tun Razak