Stres adalah respon tubuh seseorang dalam menghadapi pelbagai tuntutan
dalam kehidupan. Tuntutan-tuntutan tersebut mungkin merupakan perkara-perkara
yang datang dari luar (misalnya: surat pinjaman bank yang tertunggak, teman,
pekerjaan, atau hubungan dengan pasangan), atau mungkin juga datang dari
fikiran sendiri (misalnya: bagaimana penilaian terhadap diri sendiri). Stres
seringkali dicap sebagai sesuatu perkara yang buruk. Namun sesungguhnya setiap
orang memerlukan sedikit tekanan agar mereka memiliki hidup yang lebih baik.
Teknik atasi stress yang sihat, antara lain:
1. Tidur Sejenak
Tidur sejenak selama 30 - 45 minit akan menyegarkan tubuh kembali. Orang-orang
ternama yang memanfaatkan tidur siang untuk menangani stres adalah John F.
Kennedy, Thomas Edison dan Salvador Dali.
2. Pengurutan
Anda boleh mengunjungi seorang pakar urut profesional ataupun meminta pasangan
atau seorang sahabat untuk mengurut otot-otot leher dan bahu anda.
3. Mengekspresikan
diri secara artistik
Jadilah orang yang kreatif dan alihkan energi anda secara positif. Anda boleh
cuba untuk belajar akting, atau memainkan alat muzik, mengambil gambar,
melukis, menulis puisi ataupun menyanyi. Muzik adalah media pereda stres yang
sangat baik. Memainkan alat muzik atau cuma sekadar mendengar muzik sangat
membantu untuk melegakan stres.
4. Kerap ketawa
Cara ini bukan rahsia lagi. Tertawa boleh menyebabkan stres yang ada hadapi
menjadi lebih ringan. Sentiasa tunjukkan ekspresi yang menyenangkan diwajah
anda.
5. Bersikap lembut
terhadap diri sendiri
Sama ada disedari atau tidak, sebenarnya kita secara terus-menerus berbicara
kepada diri kita sendiri. Berbicara kepada diri sendiri menunjukkan perilaku
dan citra diri. Anda boleh mengubah kedua-dua perkara tersebut melalui
pembicaraan yang positif kepada diri anda sendiri. Malahan pembicaraan tersebut
boleh menyebabkan perubahan terhadap proses kimiawi tubuh yang menguntungkan,
dengan cara mengaktifkan sistem saraf yang menimbulkan relaksasi. Sebaliknya,
pembicaraan yang negatif kepada diri sendiri akan menyebabkan rangsangan
terhadap sistem saraf simpatik dan menyebabkan tubuh berasa kelelahan.
Atasi stres anda. Hidup dengan sihat dan ceria.
No comments:
Post a Comment