Wednesday, October 20, 2010


Bengkel Penceramah

Oleh : SAPAR SUTIR

Memberi ceramah adalah tugas yang utama untuk semua kakitangan Jabatan Penerangan Malaysia khasnya yang bertugas di lapangan yang sentiasa bertemu masyarakat . Oleh kerana itu Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sembilan telah mengadakan satu bengkel untuk memantapkan lagi penceramah Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sembilan.                            

Kesemua Pembantu Penerangan Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sembilan terlibat, bengkel telah di adakan di SEDIM ECO THEME PARK & RESORT di Kulim Kedah. Penolong Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sembilan Puan Hajah Noraini Rahli berkata bengkel sebegini  baik dan berupaya memberikan ilmu dan pengetahuan bahru yang di berikan oleh para penceramah yang telah berjaya sebagai penceramah terbaik Jabatan Penerangan Malaysia.

Dengan ada bengkel sebegini para penceramah Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sembilan yang baru akan lebih yakin dan berani memberikan ceramah walaupun tetamu di hadiri oleh pegawai atasan agensi kerajaan dalam sesuatu ceramah atau berjumpaan di laksanakan oleh Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment