Wednesday, October 20, 2010
PROGRAM PEWARIS MUDA NEGARA 1 MALAYSIA
Oleh : Sapar Sutir
JEMPOL : Program bersama pewaris muda negara 1 malaysia
menyemarakan lagi konsep 1 malaysia cetusan idea Perdana
Menteri Malaysia Dato Seri Najib Tun Abdul Razak. Program
secara smart partnership antara Jabatan Penerangan Malaysia
Negeri sembilan melalui cawangan Geraksaraf dan pengurusan isu
dengan kerjasama komuniti bestari Felda Pasoh 2 daerah
Jempol telah menarik minat yang begitu baik dari pelajar - pelajar
dari 4 universiti awam.
Antara universiti yang terlibat menjayakan program pewaris muda
negara 1 Malaysia Universiti Sains Islam Malaysia, Universiti Utara
Malaysia, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Peguruan Sultan Idris
pelbagai pengisian program di jalakan bagi menyemarakan program
yang di hadiri oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan
Malaysia Dato Seri Utama Dr Rais Yatim, Ketua Pengarah Jabatan Penerangan
Malaysia Dato Abdullah bin Murad, Haji Hashim bin Bedu Pengarah
Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sembilan serta pegawai serta
kakitangan Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sembilan juga
dari Ibu Pejabat Peneranga malaysia Kuala Lumpur.
Pengisian program yang melibatkan masyarakat Felda mendapat
anak angkat dari kalangan pelajar universiti yang terlibat dalam
program pewaris muda, ceramah agama dan motivasi, ceramah
1 Malaysia, program kehoranian, gotong royong, sumbangan komputer
pameran dari agensi kerajaan serta suka nika bersama masyarakat felda pasoh 2.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan mengharapkan
program pewaris muda negara 1 Malaysia menjadi program model
yang wajar di laksanakan oleh Jabatan Penerangan Malasyia
di Negeri - Negeri Lain, perlu ada lebih ramai peserta daripada
pelbagai kaum agar ianya selaras dengan gagasan 1 Malaysia bagi
memupuk semangat muhibah serta meningkatkan jalinan silaturahim
antara kaum di Negara ini.
Dengan adanya Sumbangan komputer kepada sekolah
Kebangsaan Felda Pasoh 2, Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Pasoh 2
k/bestari kg sungai sampo, kg sungai rotan, kg simpang glami dan kg ulu kelawang
di harapkan dapat di gunakan untuk mempelajaran teknologi maklumat yang terkini
agar budaya teknologi maklumat dapat di terapkan di kalangan masyarakat felda.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment