Wednesday, October 20, 2010

Malang Tak di maklumkan



Lori langgar pokok

Oleh : Sapar Sutir

REMBAU:  Malang tak berbau ungkapan yang yang biasa kita dengar
yang mengambarkan sesuatu terjadi yang berlaku tanpa ada petunjuk
mahupun tanda awal. Begitulah keadaan suasana di mana lori secara
tiba-tiba melanggar sebatang pokok di tepi jalan.

Gambaran berkenaan amat sesuai di berikan kepada pemandu lori yang
berasal dari Perak yang enggan dikenali  kerana secara tiba-tiba lori
yang di pandunya bergerak ke tepi jalan lalu melanggar pokok yang
berada di tepi jalan. Kejadian awal pagi jam 7.00 berlaku di jalan besar
seremban ke Tampin di hadapan rumah rakyat Chembong Jaya di Rembau.
Keadaan lori yang di pandu mengalami kerosakkan teruk di bahagian hadapan
pemandu lori bernasib baik kerana tidak cedera,  walaupun jika di lihat dari
keadaan lori yang di pandu mengambarkan pemandunya mengalami kecederaan
yang teruk. Nasib masih menyebelahi beliau kerana tidak mengalami sebarang
kecederaan hanya lori yang di pandu yang mengalami kerosakkan.

Kerosakan lori hanya di bahagian hadapan dan masih berada di jalan raya, kerana
tidak di pandu laju sekiranya di pandu laju kemungkinan kerosakkan lebih teruk
kemungkinan juga lori berkenaan ada terbabas di kawasan taman yang boleh
mendatangkan bahaya kepada penduduk taman di situ.

Dari tinjuan di tempat kejadian mendapati jalan tidak sesak atau
ada halangan yang menyebabkan pemandu lori cuba mengelak sesuatu
di hadapan beliau. Kemungkinan pemandu kurang mahir jalan di kawasan
kejadian memandangkan melalui plat dan alamat syarikat di lori mendapati
lori di daftarkan di Perak.

Pemandu perlu sentiasa di kawasan kejadian di sebabkan di situ merupakan
kawasan perumahan yang sentiasa sibuk kenderaan masuk serta keluar juga
jalan lurus yang mana kenderaan sering di pandu laju dari kedua-dua arah. kata En
Aris Mohamad 32.

Sering berlaku kemalangan kecil di kawasan di mana kejadian lori langgar pokok
kerana jalan lurus menyebabkan kenderaan di pandu laju, ada pemandu yang
tidak biasa melalui kawasan berkenaan akan cuba mengelak bila ada kenderaan
yang masuk dan keluar dari Rumah Rakyat Chembong Rembau. kata En Ali Husin 23

No comments:

Post a Comment