Wednesday, October 20, 2010

Jalan Lubang Besar.



Jalan Kampong berlubang besar.

Oleh : Sapar Sutir

REMBAU: Lubang besar yang terbentuk di selekoh jalan kampong sungai serai, semerbok
Kota, Rembau amat bahaya kepada pengguna jalan di kampong berkenaan, bila waktu malam
di mana kawasan jalan berkenaan gelap menambahkan risiko kemalangan kepada pengguna
kerana lubang berkenaan terbentuk di kawasan selekoh jalan, lubang yang terbentuk amatlah
besar mampu membolosi sebuah motosikal sekiranya motosikal memasuki lubang tersebut.

Para pengguna yang baru berkunjung di kg kampong berkenaan sekiranya tidak berwaspada akan
menjadi mangsa lubang besar berkenaan kerana ianya terletak di selekoh jalan,  juga terletak menurun
bukit yang mana pemandu tidak menyangka di depan ada lubang besar.
Keadaan lubang di jalan tersebut semakin hari semakin besar kerana di sebabkan ada aliran air di bawahnya
di bawah lubang besar berkenaan juga terdapat satu pembentong berbentuk bulat untuk aliran air dari kawasan kanan ke kiri jalan yang menuju ke pari besar di kg itu.

Lubang besar terjadi kemungkinan di sebabkan mendakan tanah di bawah oleh hakisan tanah di sebabkan
oleh aliran air yang tidak sempurna semasa pembinanya. Dari apa yang di lihat oleh wakil metro di kawasan
lubang besar tersebut juga mendapati penurapan jalan juga tidak sempurna kerana di lubang besar kelihatan
lapiran tar yang di turap terlalu nipis, di bahagian penghujung  jalan yang terletaknya lebih 8 rumah masyarakat  kg sungai sireh semerbok keadaan jalan tidak berturap dengan sempurna kerana ada sesetengah jalan langsung tidak berturap yang menimbulkan rasa kurang senang penduduk kampong.





1 comment: