Wednesday, October 20, 2010

Tanah kubur di ceroboh



Tanah kubur di ceroboh.

Oleh : Sapar Sutir

REMBAU : Amat tidak wajar dan tidak bertanggungjawab
langsung tidak mengambil kira perasaan waris si mati, bila
mana sekumpulan kerbau melebihi 12 ekor memasuki kawasan
kubur di sebelah Taman Permata, Rembau. Perkuburan berkenaan
berpagar tetapi ada yang telah rosak juga pintu pagar tidak bertutup
yang menyebabkan kumpulan haiwan berkenaan berjaya memasuki
kawasan perkuburan untuk meragut rumput.

Kerbau juga merosakkan batu nisan kubur yang menyebabkan
batu nisan si mati berpisah dengan dari kubur asal, menyukarkan
mengenali kubur oleh waris yang datang berzairah dari jauh.
Mereka merasa kecewa dengan keadaan tanah perkuburan yang
sepatutnya di jaga dari di cerobohi oleh sesiapa juga malangnya
keadaan sebaliknya berlaku, kerbau telah memasuki kawasan kubur
di mana sanak saudara mereka di kebumikan di situ.

Dari tinjuan  di kawasan perkuburan di dapati, kawasan kubur
juga dijadikan laluan oleh penduduk perkampongan sebelah juga penduduk
taman permata ke perkampongan sebelah juga tiada pengawasan oleh penduduk
taman juga kampong sebelah ke atas perkuburan tersebut.

Haiwan kerbau yang memasuki tanah perkuburan tersebut,  menurut seorang
penduduk di Kenali sebagai Arul sam 29 di punyai oleh seorang penduduk kg
sebelah Taman Permata  Rembau,  yang sering membiarkan haiwan ternakan
yang di punyai berkeliaran bebas tanpa ada usaha membina kandang,  untuk
menghalang ternakan beliau dari memasuki taman merosakkan tumbuhan
yang penduduk taman usahakan,  juga najis bertaburan setiap kali haiwan
kerbau memasuki taman dan yang terbaru haiwan ternakannya memasuki
kawasan tanah perkuburan pula.

Seorang penduduk lain yang di temui mengatakan rasa kesal kerana masalah
haiwan kerbau liar bebas memasuki taman dan perkuburan telah lama berlaku
tetapi tiada tindakan oleh pihak berkuasa untuk menangkap haiwan berkenaan
atau mendenda si pemilik haiwan, jika ada tindakan dari phak berkuasa pemilik
haiwan kerbau yang bebas melepaskan haiwan mereka tanpa ada pengawasan
oleh mereka akan takut dan akan berusaha membina kandang untuk mengelakan
di ambil tindakan oleh pihak berkuasa.

Di harapkan pihak Majlis Daerah Rembau
juga Pejabat Veterina Daerah Rembau akan lebih peka pada masalah haiwan
liar yang memasuki kawasan perkuburan orang islam di taman berkenaan. ujur
penduduk En Karim Talib 45 ketika di temui.

No comments:

Post a Comment